Ingat tak masa kecil dulu kita rasa ‘wow’ dengan segala teknologi yang ada di dalam filem-filem barat. Contoh paling mudah kereta Knight Rider dan Batman.

Replika Knight Rider tahun 1980an
Replika Knight Rider tahun 1980an

Apabila sudah besar rasa ‘wow’ itu masih ada apabila ramai pembangun produk berteraskan teknologi merealitikan props filem untuk kegunaan kita seharian atau leisure.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, Intel sebuah syarikat cip semi-konduktor nombor satu di Malaysia dari Amerika Syarikat yang mencipta “otak” kepada sesebuah produk berteknologi tinggi telah mendedahkan 5 rancangan besar mereka di Intel Developer Forum (IDF).

Intel mempamerkan Internet of Things (IoT), drone dan autonomous vehicle di depan lebih 6000 hadirin forum di San Francisco pada hujung bulan Ogos yang lalu.

1. Cip IA-32

Gambar: pcworld.com
Gambar: pcworld.com

Prototaip cip mote IoT IA-32 boleh berintegrasi menjadi label pintar pada barangan (parcels) untuk mengesan lokasi dan melaporkan kondisi penghantaran dalam tempoh masa sebenar.

Ia akan beroperasi tanpa bateri di mana ia hanya menggunakan wireless network untuk terus berfungsi dengan baik dengan menghantar maklumat ke pusat data.

2. Virtual Reality

Intel merancang Project Alloy untuk virtual reality dan augmented reality system di mana produk ini tidak akan memerlukan komputer atau telefon pintar spesifikasi tinggi untuk ia berfungsi.

Contoh, jika anda di dalam pasar raya digital, anda boleh melihat tangan anda mengambil barang di dalam pasar raya tersebut. Ini kerana ia mempunyai teknologi “RealSense” untuk mengesan kedalaman sensitiviti rasa dan pergerakan manusia seperti mata kita.

Jika ia jadi seperti yang dirancangkan, produk ini akan dibangunkan pada 2017.

3. Drones

Intel membina drone kit yang dipanggil Aero Ready To Fly untuk menguji pelbagai aplikasi drone yang berbeza seperti fotografi dan keselamatan.

4. Self-Driving Car

3 buah syarikat besar iaitu BMW AG, Intel Corp. dan Mobileye NV dari Israel akan bergabung kepakaran membina sebuah kenderaan pandu sendiri untuk tujuan komersil yang dijangkakan di pasaran pada 2021 nanti.

Intel juga akan bekerjasama dengan Baidu dan BMW untuk membina in-car systems dan pusat data untuk bantu navigasi kenderaan bersama.

5. Hologram

Teknologi hologram antara yang paling susah nak dibuat memandangkan beberapa cabaran sepertimana yang dihadapi dalam pembangunan virtual dan augmented reality.

Sekarang Intel sedang bekerjasama dengan Microsoft (MSFT, Tech30) untuk mencipta “mixed reality ready PCs” dan headsets.

Semua produk berteknologi tinggi ini pasti akan memudahkan kehidupan kita di masa depan. Dalam masa yang sama, kita semua perlu bersedia menambah baik kemahiran diri dan ilmu pengetahuan agar masih relevan sewaktu teknologi-teknologi ini mula menguasai dunia kita.

Penggunaan teknologi terutama yang bersifat automatik pastinya akan mengambil alih kerja-kerja sedia ada yang sedang dilakukan oleh anda sekarang. Mungkin di masa depan, kita tidak perlu lagi melakukannya sendiri atau syarikat tidak perlu lagi mengupah orang untuk melakukannya.