Mereka cuma berusia 15 hingga 17 tahun tetapi 4 pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki dari Malaysia bakal mewakili negara ke Kejohanan Inspiration and Recognition of Science and Technology (FIRST) Global Challenge di Geneva, Switzerland dari 13 Oktober hingga 16 Oktober 2022.

Pasukan ini dianggotai Nur Alia Sofiah Binti Zainordin (16) sebagai Team Captain, Lidya Marlynda Binti Mahd Shah (15) sebagai Team Ambassador, Muhammad Ammar Akhmal Bin Abd Wa’fa (15) sebagai Programmer, Khayra Binti Zokree (15) sebagai Media Editor, dan Nor Khairiah binti Omar (15) sebagai Press Release Documentation Leader dan mereka ini berada di bawah kendalian mentor Ridhuan Azman dan Nur Nadirah Binti Mohd Roslan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejohanan tahunan dengan gaya olimpik untuk robotik ini mengumpulkan pasukan berusia 15 hingga 17 tahun dari serata dunia. Robotics Learning (M) Sdn Bhd merupakan official partner FIRST Global di Malaysia dan bertanggungjawab untuk membawa pasukan ini ke kejohanan tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, untuk pemilihan tahun ini, Robotics Learning telah memilih pelajar berdasarkan pencapaian keseluruhan pelajar tersebut bertanding di beberapa kejohanan robotik sebelum ini.

Setiap pelajar yang terpilih mempunyai kebolehan dan skil tersendiri termasuklah robot programming menggunakan JavaScript, pemahaman mekanikal serta faham tentang hal rekaan robot.

Pengarah Program FIRST GLOBAL Malaysia, Ilylia Kamaruzaman meluahkan rasa yakinnya terhadap pemilihan pasukan Malaysia tahun ini dan menggalakkan lagi penyertaan daripada pelajar perempuan.

“Kami bangga dengan pasukan Malaysian dan para mentor yang tidak berhenti berusaha dalam mencari dana, meningkatkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada anak muda dalam komuniti walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan selepas pandemik yang melanda negara.

“Kami yakin pasukan ini akan harumkan nama Malaysia. Peningkatan jumlah wakil perempuan dalam Team Malaysia tahun ini sedikit sebanyak mampu menggalakkan lebih ramai pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang robotik, satu bidang yang didominasi pelajar lelaki sebelum ini, kata Ilylia.

Diasaskan oleh Dean Kamen, jurutera Amerika Syarikat yang sangat dikenali dengan produk Segway dan iBot, FIRST Global Challenge ini turut disokong oleh Musk Foundation, Bezos Family Foundation, LAM Research, Fedex, Exxon Mobil dan XPrize.

Pasukan Malaysia akan bertanding dengan pelajar lain dari 180 negara yang turut akan terlibat dalam kejohanan ini. All the best buat adik Nur Alia, Lidya Marlynda, Muhammad Ammar, Khayra Binti Zokree dan Nor Khairiah binti Omar!