Waktu sahur penting diisi dengan makanan dan minuman yang akan memberikan tenaga sepanjang hari. Maka adalah penting untuk mengetahui apakah makanan dan minuman yang sesuai dan menepati keperluan ini. Oleh itu kami mahu berkongsi dengan anda 5 resipi minuman yang telah dicadangkan oleh dietitian berdaftar, Nour El-Zibdeh. Namun, jangan lupa minum 2 gelas air setiap kali bersahur untuk tenaga dan hidrasi yang baik.

1. Bananarama

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara Penyediaan:

Bahan:
1 biji pisang beku
2 sudu besar mentega kacang
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan air

Kaedah:
Kisar pisang yang dibekukan dengan tambahan mentega kacang, serbuk koko dan air.

Cadangan Tambahan:
Jika anda mahu jadikan ia minuman lebih bertenaga, anda boleh masukkan serbuk protein, 2 sudu besar kelapa yang tidak manis dan dicincang, 1 sudu besar kacang badam mentah, sedikit serbuk kayu manis atau 2 sudu besar oat.

2. Coco Mango Smoothie

drink5

Cara Penyediaan:

Bahan:
2 biji mangga
2 biji oren
1/2 biji nanas
1 cawan air kelapa
1 sudu besar mentega kelapa

Kaedah:
Kisar semua bahan tersebut sehingga ia memiliki tekstur smoothie.

3. Greener

drink3

Cara Penyediaan:

Bahan:
1 biji epal hijau
1/2 cawan bayam sejuk beku
1/2 inci halia segar (dibuang kulit)
1/2 cawan air

Kaedah:
Kisar semua bahan tersebut.

Cadangan Tambahan:
Anda boleh kisar semua bahan di atas bersama 1/2 biji avokado atau jus limau segar.

4. Healthy Smoothie

Blend milk, yogurt, quick oats, banana, peanut butter, chia seeds and cocao powder for a quick protein smoothie.

drink1

Cara Penyediaan:

Bahan:
1/2 cawan susu
1/2 cawan yoghurt
1/2 cawan oat segera (direndam 5-10 minit di dalam 1/2 cawan air)
1 biji pisang
1 sudu besar mentega kacang

Kaedah:
Kisar semua bahan sehingga ia menjadi smoothie.
Simpan di dalam peti sejuk sebelum ia dihidangkan.

Cadangan Tambahan:
Kisar bersama 1 sudu besar biji chia dan 1 sudu besar serbuk koko jika anda mahu.

5. Smoothie Tembikai

Make a smoothie with watermelon, Greek yogurt (protein), apples (fiber), and banana.

drink4

Cara Penyediaan:

Bahan:
1/2 cawan tembikai (tanpa biji)
1 biji pisang sejuk beku
1 biji epal (dibuang kulit dan teras buah)
3/4 cawan yoghurt tanpa lemak
1 sudu besar madu

Kaedah:
1. Kisar tembikai dan tapis ia di dalam mangkuk.
2. Ambil air tapisan tembikai itu dan masukkan ke dalam pengisar semula.
3. Tambah pisang, epal, yoghurt dan madu.
4. Kisar semua bahan hingga ia sekata.

Cadangan Tambahan:
Anda boleh tambah pemanis ikut citarasa anda.

Sumber: Buzz Feed

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram