Berikutan taraf hidup yang tinggi di ibu kota Kuala Lumpur dan juga sekitar Lembah Klang, terdapat beberapa restoran yang menawarkan makanan percuma buat anda yang kurang berkemampuan untuk makan.

Program ‘suspended meal’ telah lama dijalankan sejak tahun 2016 lagi tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu akan program ini. Melalui program ini, anda mampu bersedekah dan membantu mereka yang tidak mampu untuk makan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana anda boleh membantu mereka? Senang sahaja, anda hanya perlu makan di restoran-restoran terpilih ini dan membayar lebih untuk makanan di restoran tersebut agar orang yang memerlukan boleh meminta untuk makan secara percuma.

Bagi anda yang lapar dan tidak cukup wang untuk makan, anda boleh walk-in ke restoran-restoran ini dan hanya minta ‘suspended meal’ di kaunter. Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, Rae Zalani telah berkongsi beberapa restoran yang menawarkan program tersebut. Berikut adalah antara restoran yang menawarkan program ‘suspended meal’ ini:

1. De’Divine Café, Brickfields, KL

2. Eat X Dignity, Sentul, KL

3. Dua by Skohns, Taman Tun Dr. Ismail, KL

https://www.instagram.com/p/BU6vF_XBkPy/

4. Autism Café Project Malaysia, Puchong

5. Sköhns Canteen Damansara Perdana

Diharap dengan perkongsian ini, mereka yang kurang berkemampuan akan dapat manfaatnya. Malah, bagi mereka yang berkemampuan juga dapat memberi sumbangan dengan membayar makanan untuk mereka yang memerlukan.