Dua hari lalu, Altimet melancarkan lagu terbaru beliau, ‘Mambang’ yang pada hemat kami, satu single yang catchy dan follow up single yang baik untuk lagu ‘Amboi’. Namun lain macam sedikit single terbaru beliau ini. ‘Mambang’ memang satu diss track Altimet yang ditujukan kepada seseorang.

Sedikit info tentang diss track. Diss track biasanya lagu yang ditujukan kepada seseorang yang berada dalam kancah muzik yang sama. Sejarah lagu diss track sudah bermula sejak 1960an lagi tetapi ianya dipopularkan kembali oleh artis hip hop pada tahun 90an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara diss track paling diingati dan padu dalam sejarah hip hop semestinya Hit ‘Em Up yang dinyanyikan oleh 2Pac Shakur. Lagu ini memang secara direct mengutuk ‘musuh’ beliau, Notorious B.I.G. Pada waktu lagu ini dilancarkan pada tahun 1996, ianya menyemarakkan lagi rivalry antara muzik hip hop East Coast–West Coast; di mana 2Pac mewakili puak West Coast dan Notorious B.I.G pula mewakili puak East Coast.

https://www.youtube.com/watch?v=lQNGeeUP47w

Itulah serba sedikit tentang sejarah diss track dalam muzik hip hop. Kembali kepada lagu Mambang. Apabila menghayati bait-bait lirik yang dinyanyikan Altimet ini, kami dapat meneka daripada beberapa klue yang ditinggalkan Altimet dalam single ini; individu yang dimaksudkan adalah the one and only the general, Malique.

Saya bersetuju dengan komen yang ditinggalkan oleh Alias Xx di ruangan komen video lirik Mambang. Ini antara beberapa klue dalam Mambang yang pada saya merujuk kepada Malique.

1. ‘Mambang duduk gua cuma dengar suara’

Ini secara terus merujuk kepada Malique. Sudah berapa tahun Malique tidak langsung membuat kemunculan di mana-mana pentas muzik. Yang menjadi wakil Malique di dalam industri muzik tanah air adalah lagu-lagu hit beliau sejak beberapa tahun lalu. Teman Pengganti walaupun mendapat tempat di pentas final Muzik Muzik, beliau tetap tidak keluar dari ‘gua’ dan memilih RJ untuk menjadi wakil beliau di atas pentas.

2. ‘9 Tahun 3 Album’

Sepanjang 9 tahun, Malique melancarkan 3 album hebat; KO, OK dan TKO.

3. ‘Apa kes ulang lagu’

Jika anda peminat setia Malique, anda pasti tahu trademark Malique dalam menghasilkan lagu-lagu beliau. Unik tentang Malique adalah beliau suka guna kembali lirik-lirik dari lagu lama pada lagu yang baru. Ianya sesuatu yang jarang dibuat pemuzik dan penulis lirik tanah air. Buat yang tidak tahu, cuba anda dengar kembali lagu Rahsia dan Cerita Kedai Kopi.

4. ‘Aku tanya apa khabar’

Direct reference dari single Joe Flizzow dan Sonaone, Apa Khabar.

5. ‘Kau acah deep’

Saya bagi contoh lagu ‘Cerita Kedai Kopi’. Lagu ini memang sangat-sangat deep. Cuma orang yang betul-betul berfikir akan faham maksud tersirat setiap kata-kata dalam lagu ini.

Diss track Altimet ini tidaklah terlalu direct seperti Hit ‘Em Up. 2Pac secara terus sebut nama Notorious B.I.G dalam lagunya dan Altimet bikin kita fikir dan kaji siapa individu yang beliau maksudkan. Altimet masih lagi berlapik dalam berkarya.

Itulah culture muzik hip hop yang menarik. Ini mungkin sekadar ‘pancing’ Altimet supaya Malique kembali menulis lagu yang awesome di masa akan datang. Altimet sudah hantar cabaran; ‘kalau berani jemput datang mari bertandang’. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa kata balas dari sang general.

UPDATE: Menerusi beberapa tweet yang ditulis sendiri oleh Altimet, Mambang adalah karya tentang perjalanan hidup beliau sendiri. Suratan atau kebetulan, Mambang tetap best.