Semasa travel, semestinya kita akan cuba kurangkan bajet serendah yang boleh. Tetapi, ada sesetengah aktiviti yang perlu kita cuba walaupun kosnya akan membuat kita terduduk seketika! Adoi.

Orang kata, cuba sekali seumur hidup. Paragliding di Switzerland adalah salah satu aktiviti yang anda perlu masukkan ke dalam bucket list!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi, ini 5 sebab mengapa anda perlu cuba paragliding di Switzerland!

1. Bird’s Eye View

Bayangkan anda dapat melihat keindahan Lauterbrunnen dari top view.
Uh-mazing! Keindahan sungai yang mengalir, kehijauan landskap, keputihan salji di swiss alps, fuh anda perlu alami sendiri nikmat ini.

2. Process ke jump point

Anda akan menaiki gondola dari Stechelberg ke Mürren dan meneruskan pendakian dengan cara berjalan kaki. Pemandangan sangatlah indah. Sambil mendaki, anda akan melihat para adventures lain yang sedang berlepas. Masa ini memang agak berdebar kerana anda perlu lari dan kemudiannya terjun pada ketinggian 1700m.

3. Roller coaster di udara

Pilot akan buat pusingan 360 darjah sambil fall latitude. Masa ini kalau anda seorang yang kecut perut, memang kecut habis beb. Tapi memang best! Saya minta 2 ke 3 kali untuk pilot tu ulang aksi ini. Jika cuaca sangat baik, pilot akan membawa anda mendekati air terjun.

4. Udara segar

Saya rasa, inilah udara paling segar pernah saya alami. Mungkin berbunyi sedikit melampau tapi inilah yang betul-betul saya alami. Mungkin trip akan datang saya boleh kutip udara dan simpan didalam botol. Kemudian jual di China.

5. Selamat! Jangan risau!

Sebelum berlepas, pilot akan berikan safety briefing tentang peralatan yang akan di pakai. Keadaan cuaca juga akan di periksa sebelum berlepas. Ada juga syarikat operator paragliding yang memberikan anda kebebasan untuk memilih pilot anda sendiri, yang anda rasa selesa.

Jadi, saya rasa memang berbaloi untuk anda letakkan didalam bajet  aktiviti mencuba paragliding di Switzerland.

Berikut saya sertakan gambar di sepanjang saya melakukan aktiviti paragliding ini. Layan.

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-2

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-3

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-4

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-5

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-6

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-7

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-8

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-9

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-10

Baca lagi: 10 Tip ‘Paragliding’ Di Gunung Pilatus, Switzerland