Semasa acara Apple Keynote baru-baru ini, Apple melancarkan dua produk secara serentak. Apple iPad Pro dan Apple iPhone SE. Apple iPhone SE lebih mendapat sambutan manakala Apple iPad Pro yang terbaru juga tidak kurang hebatnya.

Apple iPad Pro mula diperkenal Apple pada tahun lepas dengan saiz skrin yang agak besar iaitu 12.2 inci berbanding model terbaru iPad Pro yang mempunyai saiz skrin 9.7 inci yang bersamaan dengan model Ipad Air 2.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Adakah iPad Pro sekadar gimik daripada Apple yang mengatakan Apple iPad Pro lebih memfokuskan kepada kerja-kerja berat? Adakah iPad Pro sesuai buat anda? Ini pendapat daripada kami:

Smart Cover Keyboard

maxresdefault

iPad Pro hadir dengan Smart Cover Keyboard dimana keyboard ini sangat mudah untuk dipandankan bersama. Ya, kami tahu ini bukanlah inovasi terbaharu daripada Apple, cuma apa yang membezakannya adalah Smart Cover Keyboard ini hadir dengan rekabentuk yang lebih menarik dan minimalis.

Apple Pencil

ipadstyluses-9

Apple Pencil mungkin pencil yang paling ‘cool’ untuk anda gunakan. Apa yang membezakan Apple Pencil dengan stylus-stylus tablet lain adalah Apple Pencil mempunyai sensor tekanan dimana Apple Pencil dapat mengesan tekanan semasa digunakan.

Apple Pencil juga tidak menggunakan bluetooth. Buat anda yang suka melukis atau banyak membuat kerja-kerja melibatkan grafik dan desain Apple Pencil mungkin stylus yang anda tercari-cari selama ini. Apple Pencil sangat membantu anda untuk membuat lukisan yang sangat terperinci memandangkan Apple Pencil dapat mengesan hampir 240 tekanan dalam satu saat.

Satu kekurangan Apple Pencil adalah harganya yang agak mahal iaitu RM469 berdasarkan harga Apple Malaysia, namun jika anda kerap menggunakan Apple Pencil berdasarkan fungsi-fungsi yang ditawarkan mungkin Apple Pencil antara aksesori yang berbaloi untuk anda laburkan wang anda.

Paparan

apple-pencil

Seperti model-model Apple iPad sebelum ini, Apple sangat menekankan paparan LCD yang sangat jelas dan terang. Perkara ini nampaknya diteruskan pada iPad Pro dimana iPad Pro mempunyai paparan yang paling jelas serta komposisi warna yang sangat tepat. Penggunaan resolusi 2732×2048 adalah yang tertinggi berbanding model-model iPad sebelum ini.

Paparan iPad Pro nampaknya lebih baik daripada Macbook Pro 13 inci dan 15 inci dimana iPad Pro mempunyai ketumpatan pixel sebanyak 264 ppi yang sangat membantu anda untuk membuat kerja melibatkan grafik atau semasa bermain game.

Bateri

568372-52da1f6e-5743-11e5-838d-6a3f8fd17c8a

Apple iPad Pro juga boleh dikatakan antara tablet yang mempunyai bateri yang sangat baik. Satu kitaran penuh bateri pada iPad Pro dapat dapat memberikan anda hampir 10 jam penggunaan iaitu hampir 2 kali ganda penggunaan pada laptop atau tablet yang lain.

Adakah Apple iPad Pro Mampu Menggantikan Laptop?

ipad-pro-with-smart-keyboard

Soalan yang sangat subjektif untuk dijawab kerana penggunaan setiap individu mungkin berbeza. Jika anda seorang yang mahukan sebuah peranti yang ‘cool’, mudah untuk dibawa serta mementingkan ketahanan bateri dan paparan Apple iPad Pro mungkin sesuai untuk anda. Penggunaan Apple Pencil untuk kerja-kerja melibatkan grafik sangat-sangat membantu.

Aplikasi seperti Slack, Google Mail, Google Docs dan Microsoft semuanya terdapat didalam iPad Pro. Oh ya, penggunaan split screen pada iPad Pro juga pasti membantu anda untuk membantu anda untuk ”multitask’ dengan lebih mudah.

Buat anda yang mahukan iPad sekadar untuk hiburan dan membaa ebook dan tidak mahu berbelanja lebih, iPad Air 2 atau iPad Mini 4 antara pilihan yang baik disamping harga yang lebih rendah berbanding iPad Pro

Untuk mengatakan iPad Pro sudah sempurna untuk menggantikan laptop adalah jauh sekali memandangkan masih ada beberapa fungsi atau aplikasi seperti perisian dari Adobe yang lebih kompleks dimana perkara ini tidak dapat diselesaikan menggunakan iPad Pro

Anda Mungkin Suka