iPhone SE baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. Pengumuman kali ini bukanlah buat mereka yang menantikan sebuah iPhone flagship terbaru daripada Apple untuk menggantikan iPhone 6S sebaliknya Apple mengumumkan iPhone SE bagi menggantikan iPhone 5S

Sekali pandang mungkin anda boleh katakan iPhone SE mempunyai reka bentuk yang agak membosankan kerana rekabentuk iPhone SE seakan-akan sama dengan iPhone 5S. Oh ya, mungkin sedikit berbeza jika anda dapatkan warna ‘rose gold’ yang hanya ada pada iPhone SE.

Nampaknya tak semua golongan yang berminat untuk menggunakan iPhone SE yang bersaiz kecil ini memandangkan majoriti pengguna telefon pintar lebih cenderung untuk mendapatkan telefon pintar yang saiz skrin diantara 4.7 inci sehingga 5.5 inci.

Adakah anda memerlukan iPhone SE? Berikut merupakan 5 sebab anda perlu dapatkannya.

1. Saiz Skrin

Buat anda yang kurang gemar dengan skrin bersaiz besar, iPhone SE adalah pilihan yang tepat anda. Skrin 4 inci yang digunakan iPhone SE adalah sama dengan saiz skrin yang ada pada iPhone 5S. Buat anda yang sudah terbiasa dengan iPhone 5S mungkin anda sudah tahu iPhone 5S merupakan antara telefon pintar yang sedap untuk dipegang dan digunakan.

Terdapat beberapa laporan yang mengatakan Apple mengeluarkan iPhone SE disebabkan ramai yang masih mengangap skrin 4.8 inci pada iPhone 6 adalah terlalu besar untuk digunakan.

2.Warna

thumb4SE.0.0

iPhone SE dikeluarkan dengan variasi warna yang sama dengan iPhone 6S dengan adanya warna ‘rose gold’. Warna pink yang lembut ini mungkin lebih sesuai buat pengguna wanita yang inginkan wajah yang lebih feminin buat telefon pintar mereka.

3.Kamera

it-has-a-12-megapixel-camera-thats-just-as-good-as-the-one-on-the-iphone-6s

Jika sebelum ini telefon pintar bersaiz kecil sering dipinggirkan dari segi spesifikasi yang canggih, namun situasi yang sama nampaknya tidak berlaku pada iPhone SE. iPhone SE juga dilengkapi dengan kamera 12 megapixel yang canggih beserta fungsi live photos dan rakaman video definisi 4k. Berdasarkan spesifikasi kamera boleh dikatakan iPhone SE adalah juara dari segi kamera buat telefon pintar yang mempunyai saiz skrin yang hampir sama

4. Fungsi dan prestasi yang hebat

Lupakan tentang 3D touch, fungsi-fungsi seperti Apple Pay dan Touch ID masih disediakan buat iPhone SE. Bukan itu sahaja, iPhone SE juga dilengkapi dengan processor Apple A9 dimana processor yang sama digunakan pada iPhone 6S dan 6S Plus. Terdapat beberapa laporan awal yang mengatakan prestasi iPhone SE lebih hebat berbanding iPhone 6S. Saya berpendapat mungkin disebabkan saiz skrin yang kecil dapat memberi kuasa pemprosesan yang lebih buat iPhone SE

5. Harga yang rendah

Barangan Apple selalunya tidaklah terlalu rendah cuma iPhone SE pada kali ini diumumkan dengan harga yang lebih rendah berbanding iPhone flagship sebelum-sebelum ini. Harga yang diletakkan Apple buat iPhone SE 16GB adalah $399. Harga yang ditetapkan Apple Malaysia masih belum diumumkan dan kemungkinan akan diumumkan dengan harga RM2199 seperti harga iPhone 5S yang diumumkan sebelum ini.