Semasa tinggal di luar negara, penulis mendapati dapur-dapur rumah disana bersaiz besar dan luas. Apabila menonton drama dan filem pula, kebanyakan adegan ada dibuat di dapur yang akan memaparkan kehidupan watak-watak di dalam cerita tersebut berbanding di ruang tamu.

thisoldhouse.com
thisoldhouse.com

Sebenarnya banyak budaya di dunia ini menekankan bahawa dapur adalah jantung hati sebuah rumah. Ini antara sebab-sebab mengapa dapur menjadi ruang penting di dalam rumah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Dapur adalah hub utama rumah

Ramai mengatakan dapur adalah jantung hati rumah terutama bagi mereka yang minat memasak kerana di dapurlah terciptanya makanan-makanan yang lazat dan dimasak dengan rasa kasih sayang untuk dihidangkan kepada orang-orang tercinta.

2. Dapur mempengaruhi cara hidup

Setiap hari kehidupan bermula di dapur bagi mengisi perut kosong sebelum pergi ke tempat kerja atau tempat belajar.

pinterest.com
pinterest.com

Ia adalah tempat pertemuan pertama keluarga di pagi hari sekiranya keluarga mengamalkan makan sarapan bersama.

hgtv.com
hgtv.com

Bagi keluarga sebegini, dapur menjadi salah satu tempat yang intim bagi perhubungan keluarga mereka. Penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab sesama ahli keluarga.

3. Dapur adalah ruang sosial keluarga

Dapur yang baik adalah ruang yang turut berfungsi sebagai tempat berkumpul ahli keluarga. Ia bukannya semata-mata sebagai satu tempat memasak sahaja.

islandkitchens.co.uk
islandkitchens.co.uk

Oleh kerana itu kebanyakan pereka mengetengahkan idea untuk menempatkan sofa atau meja kaunter atau menghubungkan dapur dengan konsep terbuka menghadap luar rumah agar ia menjadi tarikan untuk keluarga dan rakan rapat menghabiskan masa disitu.

housebeautiful.co.uk
housebeautiful.co.uk

Selain itu, ia memudahkan aktiviti keluarga dijalankan disitu. Contohnya BBQ dan sambutan hari jadi.

4. Dapur tidak lagi menjadi tempat seorang ibu memasak seorang diri

Dapur yang mempelbagaikan fungsi sebagai ruang makan, ruang keluarga dan ruang tamu telah menarik ahli keluarga berkumpul disitu sehingga dapur menjadi ruang alternatif untuk bersosial sesama ahli keluarga dan rakan rapat.

https://www.youtube.com/watch?v=vXmjEnhWqN8

Dapur boleh menjadi pengikat kekuatan kasih sayang dan tanggungjawab sekiranya penghuni rumah memaksimakan penggunaan dapur.

5. Dapur dan anak-anak tidak dipisahkan

Kebiasaannya sewaktu ibu memasak di dapur, anak-anak diletakkan di ruang tamu atau tak dibenarkan masuk ke dapur kerana dikhuatiri mengganggu ibu memasak. Malah, ada yang menyatakan dapur adalah tempat yang bahaya untuk anak-anak. Oleh kerana anak-anak dijauhkan daripada dapur sejak kecil telah membuatkan mereka tidak ringan tulang untuk membantu ibu di dapur apabila dewasa kelak.

firenzastone.com
firenzastone.com

Maka, dengan mempertingkatkan keselamatan dan fungsi, dapur boleh menjadi tempat yang baik untuk ibu dan anak. Ia juga boleh mencipta bonding time antara mereka.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram