Berdasarkan lambakan komputer riba di pasaran, pastinya sukar buat orang ramai membuat pilihan dalam mendapatkan komputer riba yang terbaik. Mendapatkan komputer riba yang ringan, kukuh serta mampu melancarkan kerja seharian pastinya menjadi dambaan ramai.

Melihatkan kepada sejumlah besar pengguna yang alami masalah yang sama, HONOR tampil dengan pembaharuan menerusi HONOR MagicBook 15. Model ini disasarkan buat mereka yang mahukan yang terbaik buat komputer riba mereka untuk kegunaan jangka masa panjang baik dari segi ketahanan mahupun spesifikasi.

Dilengkapi HONOR Eye Comfort

Borh-ID-07

HONOR MagicBook 15 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci Eye Comfort HONOR FullView Display. Paparannya yang memukau dengan resolusi 1920×1080 pastinya membuatkan mata anda tidak letih untuk menontonnya dalam jangka masa yang panjang.

Lebih menarik, model ini ditawarkan dengan bezel dengan ketebalan 5.3mm sahaja di mana skrin merangkumi 87% sekaligus membuatkan anda seolah menonton sebuah skrin tanpa sebarang gangguan. Tidak dilupakan juga membuatkan komputer riba ini tampil moden dan minimal.

Dikuasakan oleh processor Intel Core i5 generasi kesebelas

1200×1200 Intel Core

Dalam mendapatkan komputer riba untuk kegunaan jangka masa panjang, pastinya spesifikasi terkini yang hebat antara yang diperlukan. HONOR MagicBook 15 sedia menawarkannya menerusi processor Intel Core-i5 generasi kesebelas. Turut melengkapi model ini adalah ruang storan SSD dengan saiz 512GB serta 16GB RAM.

Rekaan yang elegen, nipis dan kukuh

6101b965-7bf1-4374-a56e-d8e9823fadac

Sesuai dengan imej pengguna yang pentingkan penggayaan dan imej yang tampak premium, HONOR MagicBook menggunakan material aluminium dalam menampilkan rekaan yang tampak elegen namun masih kekal kukuh.

Menariknya, HONOR MagicBook sekadar hadir dengan ketebalan 16.9mm serta seberat 1.56kg sekaligus membolehkan pengguna untuk membawa komputer riba ini kemana-mana sahaja dengan mudah.

Dilengkapi dengan teknologi terkini

1200×1200 65W Type C Fast Charge

Alangkah indahnya jika semua komputer riba mempunyai sambungan yang sama dengan telefon pintar. Nampaknya HONOR berjaya merealisasikannya menerusi HONOR MagicBook 15 di mana anda berpeluang menggunakan kabel pengecas USB Type-C.

Penawaran pengecasan sehingga 65W antara yang ditawarkan membolehkan anda mengecas HONOR MagicBook 15 daripada 0% kepada 53% dalam tempoh 30 minit sahaja dan 0% kepada 88% dalam tempoh satu jam. Serius pantas dan mudah.

4

Oh ya, sekuriti pengguna turut lebih terjamin menerusi penawaran fungsi unlock komputer riba menggunakan pengimbas cap jari. Selain itu, penawaran fungsi ini juga turut memudahkan anda untuk mengakses komputer riba anda. Khas buat pengguna HUAWEI, anda turut berpeluang mengakses telefon pintar anda terus menggunakan HONOR MagicBook 15. Menarik bukan?

Harga

Magicbook 15 Start-Sale

Sememangnya banyak fungsi dan spesifikasi hebat ditawarkan menerusi HONOR MagicBook 15. Buat anda yang sedang mencari komputer riba dengan daya ketahanan yang tinggi, mudah dibawa serta mahu memastikan kerja seharian anda berjalan dengan lancar, HONOR MagicBook 15 adalah jawapannya.

HONOR MagicBook sudah mulai ditawarkan secara rasmi dengan harga RM3,699. Menariknya, para pengguna turut berpeluang menerima hadiah menarik bernilai lebih daripada RM300.

Para pengguna boleh mendapatkannya menerusi rangkaian kedai rasmi HONOR serta atas talian melalui Lazada serta Shopee. Untuk informasi lanjut mengenai HONOR MagicBook 15, anda boleh ke laman Facebook HONOR dan klik di sini untuk mengetahui rangkaian kedai rasmi HONOR.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateBook D15 yang hadir dengan spesifikasi terkini memenuhi keperluan pengguna.

HUAWEI MateBook D15, Komputer Riba Dengan Ciri Terkini Memenuhi Keperluan Pengguna

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary