Mulai hadir sebagai ura-ura, tidak ramai yang yakin apabila Apple akan melancarkan sebuah iPhone mampu milik mengetahui status jenama ini. Walau bagaimanapun, Apple berjaya membuktikannya dengan melancarakan iPhone SE generasi terbaru dengan harga serendah RM1,999.

Meskipun menggunakan rekaan yang hampir sama seperti iPhone 8, spesifikasi yang ditawarkan beserta harganya sudah cukup membuatkan orang ramai berminat dan teruja untuk mendapatkan model ini.

Namun apa yang menarik, langkah Apple untuk melancarkan iPhone SE dengan harga mampu milik ini ternyata sebuah langkah yang bijak. Pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda lima sebab iPhone SE berbaloi untuk dimiliki.

  1. Processor

Screen Shot 2020-04-16 at 1.18.43 PM

Umum tahu, orang ramai sememangnya tidak mempunyai masalah dengan rekaaan iPhone 8 yang dilengkapi dengan TouchID. Selain itu, saiznya yang kecil, penggunaan processor Apple A13 Bionic sama seperti iPhone 11 Pro serta kamera dengan fungsi potrait mode antara yang menjadi kunci utama pada model ini.

Dalam erti kata lain, segala aplikasi atau game yang mampu dijalankan pada iPhone 11 Pro, boleh juga dijalankan pada iPhone SE tanpa sebarang masalah.

2. Menarik perhatian pengguna lama iPhone untuk upgrade

iPhone SE

Menawarkan iPhone SE dengan harga serendah RM1,999 sekaligus berpeluang menarik perhatian pengguna iPhone model terdahulu yang tidak mahu berbelanja besar untuk sesebuah iPhone. Menariknya, pengguna yang mendapatkan model ini masih lagi menerima prestasi yang sama seakan sebuah iPhone dengan harga yang jauh lebih tinggi.

3. Saiz

iPhone SE

Apple iPhone SE hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Sememangnya sebuah saiz skrin yang kecil mengikut trend telefon pintar terkini. Walau bagaimanapun, sudah berapa lamakah kita tidak mempunyai telefon pintar yang kecil dan berkuasa. Faktor ini yang membuatkan mereka yang lebih selesa dengan telefon pintar yang kecil tertarik untuk mendapatkan iPhone SE.

4. Penawaran

WTkMWSm2QH7YMDVEbat5Bn

Meskipun dilancarkan tanpa atur cara rasmi, pengenalan iPhone SE yang disiarkan di laman web serta laman penjualan Apple sudah berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Apple pada kali ini nampaknya tidak menunggu lama dalam mengumumkan harga iPhone SE khususnya buat pasaran Malaysia sekaligus memberi bayangan model ini akan ditawarkan tidak lama lagi.

5. Bakal menjadi pencabar hebat jenama lain dalam pasaran

Harga iPhone SE

Berdasarkan harga penawaran RM1,999, model ini nampaknya bakal menjadi pencabar hebat kepada beberapa jenama lain seperti Samsung, Huawei, Google dan OnePlus yang menawarkan telefon pintar dengan lingkungan harga yang hampir sama.

Mengetahui jenama ini yang menawarkan iPhone dengan kemas kini sehingga lima tahun serta releven untuk digunakan dalam tempoh yang panjang, jelas percaturan Apple untuk melancarkan iPhone SE dilihat berbaloi.

Jika sebelum ini harga yang premium sering menjadi halangan buat orang ramai mendapatkan model terbaru iPhone, kini tidak lagi dengan pengenalan iPhone SE generasi terbaru.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda merupakan seorang peminat telefon pintar Android, dengan harga yang sama anda turut berpeluang mendapatkan model Samsung A71 yang hadir dengan empat kamera utama. Selain itu, model seperti Huawei P30 dan OnePlus 7 yang dilengkapi spesifikasi hebat antara yang masih releven untuk didapatkan dengan tanda harga di bawah RM2,000.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone SE anda boleh klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut. Turut dikongsikan, rekaan konsep iPhone 12 Pro yang hadir dengan empat kamera utama.

iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Apple