Sebut mengenai virtual reality atau VR, kami yakin ramai yang mengetahuinya. Dalam pada itu, kami yakin mungkin ramai yang belum pernah mencubanya sekaligus tertanya-tanya bagaimana VR berfungsi sekaligus mampu mengubah hidup seseorang.

Kami juga pernah mengalami situasi yang sama sehingga kami mencuba produk VR terbaru daripada Pico iaitu Pico 4. Hadir dengan sebuah headset VR beserta dua controller, Pico 4 ini menjanjikan pelbagai keunikan buat para pengguna.

Baca Juga:

Dari segi spesifikasi, Pico 4 hadir dengan skrin dengan paparan 4K+. Model ini turut menyokong refresh rate sehingga 90Hz yang membolehkan pengguna melihat sehingga 105 darjah.

Membincangkan mengenai kuasa pemprosesan, model ini dikuasakan oleh Snapdragon XR2, 8GB RAM beserta ruang storan sehingga 256GB. Bateri adalah 5,300mAh antara yang ditawarkan bersama pengecasan 20W. Model ini menjalankan sistem operasi Pico OS 5.0.

Ayuh, ketahui lebih lanjut mengapa kami berpendapat Pico 4 sebagai model VR paling berbaloi untuk pengguna awal VR.

1. Dunia gaming VR yang unik dan menarik

Sering kali apabila bermain game, anda sekadar menggerakkan jari anda bagi mengawal alat kawalan anda. Walau bagaimanapun, segalanya pasti berbeza dengan bermain game di Pico 4 di mana anda akan berasa lebih ‘dekat’ dengan character yang dimainkan.

Sebagai contoh, anda berpeluang menikmati permainan Peaky Blinders: The King’s Ransom di mana anda boleh mengawal watak utama dalam mengharungi pelbagai cabaran.

Sokongan grafik yang sememangnya memukau berserta speaker 3D audio bakal membuatkan seolah anda berada dalam game tersebut. Kami yakin anda pasti tidak akan mengambil masa yang lama dalam menggunakan dua controller yang disediakan untuk membuat navigasi sepanjang bermain game.

Bukan itu sahaja, para pengguna turut ditawarkan pelbagai lagi game yang terdiri daripada The Walking Dead, Zombieland, Fruit Ninja dan pelbagai lagi.

2. Bersenam tidak lagi bosan bersama Pico 4

Sebut mengenai bersenam, mungkin anda antara yang kurang motivasi untuk melakukannya. Terpaksa bergerak jauh daripada rumah untuk ke lokasi bersenam atau menanti rakan untuk beriadah bersama antara halangan untuk anda kekal konsisten dalam mengekalkan berat badan yang ideal sambil mengeluarkan peluh.

Dalam pada itu, kami yakin segalanya bakal berubah bersama Pico 4. Menawarkan seleksi sukan pilihan ramai, anda berpeluang bersukan bersama rakan secara jarak jauh atau bersenam seorang diri secara interaktif terus menerusi Pico 4.

Khusus buat anda yang sedang fokus untuk menurunkan berat badan, turut terdapat jurulatih maya yang bakal membantu anda untuk bersenam sambil memberi panduan buat anda. Menariknya, anda boleh melakukan sebarang senaman semudah di rumah sahaja tanpa perlu bergerak jauh.

3. Sarat dengan hiburan yang lebih interaktif

Dilengkapi dengan paparan skrin yang penuh sewaktu memakainya serta resolusi sehingga 4K, para pengguna bukan sahaja bakal menikmati paparan yang menyerlah, malah turut ditawarkan bersama kualiti bunyi yang menyeluruh.

Penawaran 3D spatial effects bakal membolehkan anda menikmati bunyi dari segenap sudut seolah berada di dunia sebenar. Nak tahu apa yang lebih menarik? Pico turut menyajikan Pico Live Concerts di mana anda menikmati konsert dengan paparan serta bunyi yang sangat jelas dan realistik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berpeluang menyertai ‘pengembaraan’ bersama Ed Stafford di mana anda boleh mengasah skil survival anda di Africa. Jika pengembaraan bukan pilihan anda, terdapat pelbagai lagi rancangan menarik yang boleh anda terokai.

4. Berinteraksi dengan lebih ‘dekat’ bersama Pico OS

Tidak sah rasanya jika membincangkan soal VR tanpa melibatkan media sosial. Pico juga tidak terkecuali dengan menawarkan media sosial tersendiri khusus buat para pengguna Pico.

Menarik menerusi media sosial yang tersedia pada Pico OS, para pengguna berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan secara lebih dekat dengan menghasilkan avatar tersendiri bersembang serta bermain game bersama.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang ‘bersukan’ bersama rakan anda secara jarak jauh sambil bersembang bersama. Menarik bukan?

5. Harga yang berbaloi

Sarat dengan pelbagai fungsi serta spesifikasi, siapa sangka Pico sedia menawarkan model VR terbaru mereka dengan harga serendah RM1,699 bagi model 128GB ruang storan dan RM1,899 bagi model 256GB ruang storan.

Bukan itu sahaja, para pembeli turut berpeluang menikmati pelbagai hadiah menarik seperti beberapa games yang turut ditawarkan bersama bernilai hampir RM625.

Sememangnya sebuah pakej yang serba lengkap bagi sebuah VR daripada Pico 4 ini. Anda boleh mendapatkannya secara terus dengan klik di sini sahaja. Kami yakin anda pasti tidak menyesal dalam menyelami dunia VR yang semakin menarik untuk diterokai.