Satu hari lagi untuk anda mendapatkan HUAWEI Mate40 dan 3 perkara yang anda kena lakukan sebelum 12 tengah malam hari ini ialah klik pada link HUAWEI Mate 40 Pro, add-to-cart, dan check out pada 12 tengah malam.

HUAWEI Mate40 Pro mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan dan berinovasi. Tak kisahlah dari segi fotografi, ciri-ciri untuk bekerja fungsi-fungsi tertentu yang anda jangkakan untuk kehidupan moden ini.

HUAWEI Mobile Services (HMS) juga meningkat dengan pesat tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintar. Apa saja yang dimiliki Google, HUAWEI pun ada.

Dan dalam sesetengah kes, HUAWEI mampu memberikan lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran yang lebih hebat kepada pengguna. Jom kami kongsi apa yang best tentang HUAWEI Mate40 Pro!

1. Teman ketika bersenam di rumah

Agak susah bila bersenam tapi dalam masa yang sama anda perlu jawab panggilan telefon, check notification atau hanya nak tengok jam. Lagi-lagi kalau anda berpeluh, memang susah.

Screenshot 2020-12-10 at 8.10.58 PM

Tapi dengan HUAWEI AI Gesture Control yang ada pada HUAWEI Mate40 Pro, anda boleh mengawal peranti secara hands-free. Gerakkan tangan untuk menghidupkan peranti atau swipe ke kiri, kanan, atas dan bawah untuk menavigasinya. Senangkan?

2. Sesuai dibawa untuk jungle trekking

Nak rakam detik anda mendaki Bukit Broga tapi susah sebab keadaan lereng bukit yang tidak rata. Kalau jenama smartphone lain mesti bergoyang setiap kali merekod filem semasa dalam perjalanan. Tapi, anda tak perlu risau.

Dengan Sport Shake Shooting Mode pada HUAWEI Mate40 Pro, anda kini dapat mengimbangi pergerakan kamera yang tidak seimbang.

Anda juga boleh menggunakan Petal Maps kerana ianya mudah dicari dan dinavigasi. Anda bahkan boleh menggunakan AI Gesture Control HUAWEI Mate40 Pro di peta.

3. Penyelamat bila anda tak cukup cash

Tengah syok makan tengah hari dengan kawan, tiba-tiba teringat yang duit anda tak cukup. Jangan risau, dengan satu tap pada HUAWEI Mate40 pun anda boleh buat transaksi yang selamat tau.

Lifestyle-image_mate-40-Pro-x-freebuds-pro_05-e1607516080249

Hanya perlu menghubungkan kad kredit ICBC UnionPay anda. Kad debit dari bank utama, kad prabayar dan e-wallet akan tersedia di HUAWEI Pay tak lama lagi.

4. Peranti paling ngam untuk yang bekerja dari rumah

Bekerja dari rumah bukan mudah. Ada masa anda perlu hantar dokumen kat bos tapi tiada scanner. Bila scan guna telefon nampak bayang-bayang pulak.

Dengan Golden Snap 2.0, eksklusif untuk pengguna HUAWEI Mate40 Pro, anda boleh mengimbas dokumen tanpa scanner dan bayang. Dengan HUAWEI Docs, ia dapat membantu mengakses semua fail penting anda dengan mudah.

Tools yang ada juga mudah digunakan, membantu anda mengedit fail dengan senang walaupun pada HUAWEI Mate40 Pro.

5. Teman setia saat membeli-belah secara online

Buat yang selalu shopping secara online dan suka membandingkan harga di pelbagai platform e-dagang mesti anda rasa susah nak buat perbandingan dengan hanya satu skrin. Tapi dengan Smart Multi Window, anda kini dapat buka 3 aplikasi secara serentak untuk membandingkan harga.

Lifestyle-image_mate-40-Pro-x-freebuds-pro_03-e1607515823964

Dan dengan HUAWEI MeeTime, anda boleh berkongsi skrin dengan rakan ketika browsing produk dan memilih item yang ingin anda beli.

Tawaran best untuk anda!

Apa yang paling seronok ialah HUAWEI ada tawaran luar biasa untuk pengguna HUAWEI Mate40 Pro. Anda akan dapat penstoran percuma sebanyak 50GB HUAWEI Mobile Cloud Storage selama 12 bulan, 3 bulan akses VIP HUAWEI Video, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai HMS, tonton video di bawah.

HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh 2020 berharga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit saja, siapa cepat dia dapat) boleh didapati secara rasmi pada 12.12 di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores (HES), kedai telekomunikasi terpilih dan Lazada.

Cepat grab mana-mana yang anda berkenan

Selain HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI juga mempunyai rangkaian produk luar biasa antaranya HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 and HUAWEI MatePad T10s. Anda boleh lihat di HUAWEI Store untuk info lanjut mengenai produk-produk ini.

HUAWEI juga sedang mengadakan kempen Better Together tahunannya. Mulai sekarang hingga 3 Januari 2021, pelanggan HUAWEI bertuah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000, di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Proton X50 yang baru.

HUAWEI-Mate40Pro-HUAWEI-AppGallery-Visual

Dan anda tahu tak, HUAWEI MateBook 14 laptop terbaik dengan prestasi hebat yang dilengkapi AMD Ryzen™ 5 4600H dan AMD Ryzen™ 7 4800H untuk beroperasi dengan lancar dan senyap dengan tindak balas yang sangat pantas walaupun menggunakan perisian yang kompleks.

Untuk varian pertama, ia berharga RM3,799 sementara yang terakhir dijual pada harga RM4,399. Anda juga boleh beralih ke Performance Mode kalau anda rasa prestasi normal tak mencukupi untuk membuat tugas berat.

Mate40-TVC-Endframe_1920-x-1080-px_screen2__BM-version

Jom dapatkan HUAWEI Mate40 Pro dan rangkaian produk HUAWEI yang lain di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores (HES), kedai telekomunikasi terpilih dan Lazada.