Masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sukar untuk mendapat pekerjaan timbul apabila ramai di antara anak muda mula mempertikaikan masalah kelayakan dalam sektor kerajaan.

Pastinya ramai di antara kita yang berharap untuk mendapat pekerjaan, terutamanya di dalam sektor kerajaan. Kelebihan yang ditawarkan di dalam sektor kerajaan membuatkan ramai orang tertarik untuk memohon masuk ke dalam sektor ini. Namun, zaman sekarang ini agak sukar untuk menempatkan diri di dalam sektor tersebut.

Pastinya ramai yang kecewa kerana sehingga sekarang tidak dipanggil untuk temuduga. Persoalannya mengapa?

Ini jawapan oleh pihak Suruhanjaya Perhidmatan Awam (SPA).

  1. Tiada urusan pengambilan dijalankan kerana tiada laporan kekosongan oleh kementerian atau jabatan kepada SPA
  2. Permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak berjaya didaftar dalam akaun data SPA
  3. Pendaftaran permohonan telah luput dan pemophon tidak memperbaharuinya.
  4. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  5. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan

Ini 6 sebab kerjaya khidmat pelanggan patut jadi pilihan graduan baru. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

6 Sebab Kerjaya Khidmat Pelanggan Patut Jadi Pilihan ‘Fresh Graduate’

Bagaimana Kerjaya ‘Conteng Dinding’ Bawa Pemuda Ini Terbang Ke Hong Kong

15 Tip Pilih Jurusan Di Universiti Ini Bantu Saya Dalam Pencarian Kerjaya