Tahun 2020 merupakan tahun cabaran kepada banyak bisnes yang ada di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kita menyaksikan berapa banyak bisnes yang tutup kerana corona virus ini yang kemuncak berlaku di waktu pandemik berlangsung, ramai hilang kerja, banyak bisnes tutup dan mujur dengan bantuan PRIHATIN daripada Kerajaan tempoh hari dapat mengurangkan daripada masalah jadi lebih besar

Sekarang, kita dalam fasa pemulihan dan Kerajaan telah menjalankan kempen PENJANA demi menaikkan semula industri-industri di Malaysia untuk bernafas semula. Nafas baru ini, mengingatkan kta semua bahawa bahaya datang tanpa di duga, melalui PENJANA Kerajaan bersama badan Malaysia Digital Economy Corperation (MDEC) telah membuat program bersama partner terpilih untuk mendigitalkan bisnes yang ada di Malaysia dan melancarkan kempen “Beli barang Malaysia” untuk memacu industri terutama SME semula untuk bangkit, Jadi mesti tertanya kenapa perlu wujudkan perniagaan anda atas talian kan? So ini sebabnya:

1. Jimat masa, lebih cepat.

photo-1456574808786-d2ba7a6aa654

Usahawan perlu tahu yang majoriti sekarang ini pelanggan membeli-belah secara atas talian sebab mereka malas nak keluar. Kalau dia bekerja sudah pasti tiada masa nak keluar dan balik kerja jer dah penat. Hujung minggu, nak fokus dengan kerja mengemas rumah, hal keluarga, dan akhirnya mana lebih jimatkan masa hanyalah dengan wujudkan pembelian atas talian. Dia order dan tunggu saja dihantar ke rumah!

2. Medium pemasaran lebih luas.

photo-1559526324-4b87b5e36e44

Medium pemasaran kita tidak terfokus pada satu kawasan sahaja, kita boleh luaskan lagi dengan medium pemasaran dengan platform seperti Facebook dan Google untuk menaikkan perniagaan anda. Lebih best, jika anda ada laman web sendiri atau marketplace seperti kedai.matdespatch.com untuk promosikan perniagaan anda. Lebih luas kita pasarkan, lebih ramai orang kenal dengan perniagaan kita.

3. Kos lebih murah.

photo-1579621970795-87facc2f976d

Kalau sebut pasal bisnes, mesti orang akan cakap pasal kos. Tak kira lah kos operasi, kos maintenance, kos bahan mentah dan macam-macam lagi kos yang lain. Kenapa kos ini penting untuk kita ambil tahu? Sebab kalau nak untung banyak, kena minimumkan kos.

Kami nak tanya anda yang pernah buat bisnes. Terutamanya yang buka kedai. Agak-agak berapa kos permulaan yang perlu dibelanjakan sebelum mula berniaga? Kami yakin kosnya memang tinggi. Nak beli stok barang, nak sewa kedai, nak renovate kedai ikut kesesuaian lagi.

Paling sikit pun akan cecah puluhan ribu ringgit juga. Itu belum kira lagi nak upah pekerja. Bisnes belum pun jalan dah keluar duit. Berapa bulan pula nak dapat balik modal yang dikeluarkan. Semua itu nak kena consider kalau nak buka kedai untuk perniagaan.

Berbeza dengan atas talian. Anda boleh memiliki kedai online dengan menggunakan website hanya dengan harga tak sampai RM500. Jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kadar sewa kedai. Dengan kos yang rendah, anda boleh lebihkan modal untuk buat marketing.

Ini dapat memudahkan anda bagi memulakan sebuah bisnes. Tapi itu tidak bermaksud yang anda tak perlu buka kedai. Bila dah bertambah maju dan keuntungan meningkat, jadi bolehlah nak buka kedai sendiri. Mungkin dapat meningkatkan lagi kemajuan bisnes anda.

4. Kesihatan dan keselamatan lebih terjamin.

photo-1588613254750-cf5d89a29b66

Selagi COVID-19 belum terhapus (atau mudah dikawal) dari muka bumi ini, selagi itu kita masih belum selamat sepenuhnya dan juga nak terlalu bebas berbelanja di luar. Ramai orang walau sudah mula Kembali ke normal yang lama, tapi masih berjaga-jaga, maka pilihan pembelian online yang sesuai untuk keadaan berjaga-jaga sekarang.

Keselamatan dari segi luaran juga terjamin dari kes-kes ragut juga, maklumlah sejak dua menjak kes semakin tinggi, jadi kebanyakan perempuan akan berjaga dan takut untuk keluar rumah. Jadi, bagi yang berniaga segment ini, anda mesti concern dengan mereka dan permudahkan mereka nak berbelanja ke perniagaan anda

5. Mudah membina brand.

matdespatch

Dalam perniagaan yang paling penting adalah untuk dekatkan brand perniagaan anda dengan audience, jika dahulu menggunakan flyers dan sebagainya yang kos lebih tinggi tapi sekarang lebih mudah dengan adanya platform social media. Lebih mudah dekat dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada, lebih mudah ketahui apa problem mereka dan selesaikan segera supaya pelanggan lebih suka dengan brand kita dan membeli lagi dan lagi.

Banyak lagi sebenarnya benefit dan ini antara yang kuat dan terbaik. So dah sediakah perniagaan anda? Sebenarnya melalui PENJANA dan MDEC program ini, salah satu yang menarik perhatian adalah Kedai Matdespatch.

Sebelum pergi jauh, pernah dengar pasal Matdespatch tak sebelum ini? Mesti anda tak familiar barangkali sebab mereka adalah underground syarikat teknologi yang memfokuskan kepada bidang logistik dan sudah hampir 3 tahun beroperasi.

Jadi kenapa pula dengan Kedai Matdespatch?

Kedai Matdespatch adalah cabang baru bisnes mereka yang ingin membantu peniaga-peniaga kecil mempunyai kedai atas talian mereka sendiri melalui marketplace ni. Menurut CMO mereka, Amirul Mokhtar, kenaikan demand kepada pembelian atas talian telah meningkat ke hampir 60% daripada sebelum ni terutama di waktu PKP berlangsung tempoh hari.

Menurutnya lagi, kebanyakan perniagaan yang tidak terkesan adalah mereka yang sudah bersedia membawa perniagaan mereka ke atas talian lebih awal. Pembeli tidak berkurangan malahan meningkat di waktu tersebut dan sejajar dengan itu, Kedai Matdespatch perlu diteruskan untuk membantu lebih banyak peniaga di luar sana supaya relevant dengan kehendak pasaran.

Jadi apa kelebihan yang ada pada Kedai Matdespatch? Yes kedai online anda sendiri dan juga disebabkan mereka ada logistik sendiri jadi ianya ibarat 2 dalam 1 yang akan menaikkan bisnes anda setaraf perniagaan besar yg perlu melabur pada kos yang besar untuk ada infrastruktur macam ini.

matdespatch kedai

Bagi yang teringin nak membeli produk di dalamnya boleh pergi ke kedai.matdespatch.com dan buat pengetahuan anda, mereka juga sekarang tengah membuka pendaftran sebagai vendor ke dalam platform mereka dan terdapat beberapa benefit yang khas untuk usahawan di luar sana.

Untuk daftar boleh pergi ke link di bawah ini dan team mereka akan hubungi
http://bit.ly/register-kedaimatdespatch

Bagi sesiapa yang berada di kawasan Sunway Pyramid pula anda boleh membuat belian online di kedai-kedai makan di sana melalui Makan by Matdespatch x Sunway Pyramid, pssst jangan lupa untuk beli popcorn Garret yang sungguh enak untuk dimakan itu di link ini
https://matdespatch.com/my/makan/