Selalu kalau shopping, semua orang mesti nak cari barang yang berkualiti dengan harga murah kan? Kami yakin jarang-jaranglah anda nak shopping dekat airport sebab risau harganya jauh berbeza dan mahal daripada tempat lain.

Tapi, hakikatnya anda boleh shopping dan berjimat sakan di Malaysia Airports tanpa perlu risau pasal harga pun. Buktinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi antara yang selalu diserbu kaki shopping. Nak tahu sebab apa? Ini berita baik untuk anda!

1. Barangan bebas cukai paling murah!

tenor1

Sebab utama anda disarankan shopping dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Airport (LGK) ialah kerana barang-barang bebas cukai dekat sini dijual dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Tapi, bukan setakat dekat LGK je tau! Memetik laporan daripada Forbes, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut disenaraikan sebagai lokasi barangan bebas cukai paling murah di dunia!

2. Banyak outlet untuk shopping

Memang banyak outlet untuk anda shopping di sini. Nak beli baju, kasut, handbag, jam tangan dan aksesori lain confirm puas hati sebab semuanya dalam satu tempat sahaja.

Charles-and-Keith-671×447

Paling menarik, outlet Charles & Keith pun dah mendarat buat kali pertama di Langkawi tau. Seronok la orang Langkawi boleh shopping sakan!

LIA-1-671×332

Selain itu, satu lagi tarikan paling best dekat sana ialah outlet perfumes & cosmetics yang menawarkan pilihan produk daripada jenama terkemuka seperti Dior, Mac dan Jo Malone. Kalau anda berkunjung ke LIA, ini outlet yang wajib anda singgah.

3. Tempat makan sedap-sedap belaka!

Bab makan pulak anda tak perlu susah hati sebab di Food Garden LIA ada macam-macam pilihan restoran, kafe dan tempat makan yang best. Paling penting, anda tak perlu jalan jauh untuk ke kafe yang ingin dituju.

Food-Garden-1-671×671

Dekat Food Garden ni, ada banyak pilihan makanan tempatan mahupan antarabangsa, seperti Starbucks, Hainan Taste, Marrybrown, Nasi Campur Suria dan Street Churos.

Costa-Coffee-Landside-671×447

Paling menarik, Costa Coffee pun dah buka outlet mereka di sana. Ini kafe pertama mereka di Malaysia tau! Bukan kiosk atau vending machine yang selalu kita beli tu.

4. Gajet pun ada

Travel-Gadget-1-671×447

Bagi anda nak cari gajet, barangan elektronik atau aksesori telefon pintar, boleh terus serbu outlet Travel Gadget. Dekat sini tak kiralah sama ada charger, sarung telefon, powerbank atau headphones, semuanya lengkap untuk keperluan kaki travel.

5. Shopping, makan dan menang!

7e0b2580a26d590e2eddbeb030277d8c855028e229b85d8db3478533facfd0be2

Ini yang paling best! Kalau anda membeli-belah serta berbelanja sakan di Malaysia Airports, anda berpeluang menang pelbagai hadiah lumayan melalui peraduan Licence to Win! Ini antara Lapangan Terbang Antarabangsa yang anda boleh kunjungi.

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) – [KLIA & klia2]
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH)

Cara nak sertai peraduan ni mudah je! Dari sekarang hingga ke 31 Januari 2020, anda cuma perlu berbelanja RM250 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana airports yang admin list dekat atas tadi, dan anda boleh terus hantar penyertaan di sana.

Hadiah lumayan berupa McLaren, Superbike Ducati & banyak lagi!

LTW-671×299

Sebagaimana tradisi sebelumnya, peraduan Licence to Win anjuran Malaysia Airportsmemang tak pernah mengecewakan. Tahun ini nampaknya hadiah yang ditawarkan makin lumayan iaitu hadiah utamanya berupa sebuah kereta mewah berkuasa tinggi McLaren 570S Coupé.

Selain itu, pihak Malaysia Airports juga menawarkan hadiah bonus berupa Ducati Monster 821 Superbike bagi pengunjung bertuah yang berbelanja RM250 dalam satu resit di Lapangan Terbang Antarabangsa PEN, LGK, BKI dan KCH!

hadiah-671×362

Tak cukup dengan itu, ini pula antara hadiah lumayan lain yang anda wajib rebut. Memang syok wei!

  • Hadiah Pertama: Pengalaman mewah McLaren VIP Paddock di Singapura beserta dua tiket penerbangan dua hala (business class) ke Singapura bernilai RM100,000
  • Hadiah Kedua: Tiket Penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM80,000
  • Hadiah Ketiga: Tiket Penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM60,000
  • Hadiah Keempat: Tiket Penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM40,000

Cepat sebelum terlambat!

lets-go1-2

Kalau anda nak tahu, hadiah utama McLaren 570S Coupé kini ada dipamerkan di terminal utama KUL iaitu KLIA manakala Ducati Monster 821 Superbike pula akan ada di Lapangan Terbang Antarabangsa PEN dan LGK. Boleh la pergi shopping sambil ambil aura pemenang!

Anda tunggu apa lagi?! Jom, shopping di Malaysia Airports sekarang dan rebut peluang menang macam-macam hadiah. Untuk maklumat lanjut tentang Terma & Syarat Licence to Win, anda boleh layari laman sesawang  licencetowin.com.my atau follow ShopMYAirports di Facebook dan Instagram.

Sekiranya anda ke Langkawi serta sedang mencari penginapan yang mewah untuk berbulan madu, Hotel The Ritz-Carlton atau Resorts World Langkawi antara yang kami cadangkan. Klik pautan di bawah untuk artikel penuh.

Lihat Rekaan Hotel The Ritz-Carlton Di Langkawi Yang Unik dan Elegan

Resorts World Langkawi Tawarkan Penginapan Lima Bintang Dengan Harga Mampu Milik