Selalunya apabila seseorang menyukai menu atau hidangan di satu-satu restoran, mereka akan kongsikan di media sosial.

Tapi berbeza dengan saudara Hasan Heng. Selepas makan di restoran ini, beliau tak mahu orang lain turut menghadapi masalah seperti beliau. Ikuti sebab dan alasan beliau di bawah.

salam-noodles-1

Setelah berpuluh kali aku patah balik restoran yang sama ni dan order menu yang sama, aku nak beritahu semua orang 5 Sebab kenapa aku cakap jangan makan kat restoran Salam Noodles AEON Big Wangsa Maju:

1. HARGA TAK BERPATUTAN

Standard kalau makan kat restoran-restoran kat KL yang sedap, paling kurang pun kena keluar RM15 ke atas untuk 1 hidangan. Tapi menu dia kat sini semua TAK SAMPAI RM10!

Tak berpatutan langsung, dengan kualiti makanan dia, patut letaklah RM20 ke. Ni harga murah sangat, aku bawak kawan belanja makan pun tak merasa langsung keluar duit.

Jadi siapa yang rasa duit dia banyak sangat tu tak perlu la makan kat sini, pergi la kat restoran yang bayar RM30 dapat 1 pinggan besar with 1 scoop mash potato.

salam-noodles-3

2. TAK BOLEH ORDER AIR

Restoran ni layan diri, kena tulis dalam kertas untuk order, punyalah aku belek-belek menu dia cari menu air tak jumpa-jumpa, panas pulak hati aku.

Aku pergi la kaunter tanya mana menu untuk minuman? Rupanya takde menu untuk minuman. Minuman semua FREE! Ada dekat 5-7 pilihan minuman. SEMUA FREE! Terkena lagi.

3. TAK DAPAT CHIT-CHAT

Selalu orang pergi restoran order makanan, sambil-sambil tunggu makanan sampai, tahan lapar sikit, sempat la jugak berbual-bual dengan member-member.

Ini tidak, pernah sekali aku pergi kaunter bayar, lepas bayar aku jalan ke tempat duduk. Aku duduk je makanan aku order dah sampai.

Laju gila servis dia, tak sempat aku nak cakap sepatah pun dengan member-member aku, hampeh betul. Mee tarik dia memang terbaik, kalau masa makan memang feeling, takde masa nak borak-borak nak member.

Jadi kalau ada yang suka borak sejam tunggu makanan sampai, aku cadangkan jangan datang restoran ni.

4. SATE TAKDE KUAH KACANG

Kat restoran ni ada Sate Kambing dengan Sate Ayam. Aku order la, saja nak try, tengok-tengok sate dia takde kuah kacang.

Sate dia lain macam, lagi-lagi sate kambing dia, aku tak tahu macam mana nak terangkan ‘lain macam’ dia, korang kena cuba sendiri baru korang tau.

Baca: Nyonya Valley, Restoran Peranakan Yang Mungkin Orang Luar Cyberjaya Tidak Pernah Tahu

salam-noodles-2

5. TAK BOLEH BANGUN LEPAS MAKAN

Masalah restoran ni bukan kerusi dia, kerusi dia okay je, selesa, tapi masalahnya portion makanan dia.

Aku bayar 1 Meal tak sampai RM10, ingat makan biasa-biasa je, sekali sampai dia bagi portion cukup untuk 2 orang makan.

Memang puas hati la makan, lepas makan terpaksa kau duduk beberapa minit baru boleh bergerak.

Ni link Facebook Restoran tu, korang tengok la sendiri kalau tak percaya: SalamNoodlesWangsaMaju.

salam-noodles-4

Ramai orang yang tak dengar nasihat aku ni, diorang degil, nak pergi jugak cuba makan kat restoran ni. Last-last 1 family diorang bawak datang restoran ni. Boleh kira dalam sebulan, mesti tak pernah miss makan kat sini.

Siapa yang degil jugak nak rasa makan kat Restoran ni, cepat-cepat la sementara harga promosi makanan and FREE DRINKS masih available.

Korang pandai-pandailah lah warning kawan-kawan korang pasal restoran ni.

Baca lagi: Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga