Jika anda pernah ke Jepun atau suka menonton drama mereka, pernahkah anda lihat situasi dimana ada individu yang berpakaian kemas dengan penutup muka sedang menunggu kereta api.

Bukan seorang tapi kebanyakan penduduk Jepun akan memakai penutup muka apabila keluar rumah atau berada di tempat awam. Mengapa agaknya mereka gemar memakai mask ini yang dilihat seolah-olah sudah menjadi norma masyarakat di sana. Ini 5 sebab mengapa orang Jepun suka pakai topeng muka.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

1. Kesihatan

Masyarakat Jepun memakai topeng muka adalah sebagai satu bentuk perlindungan untuk mengelakkan kuman daripada tersebar lebih-lebih lagi jika mereka sedang mengalami batuk, selsema atau demam. Bagi mereka, sekiranya orang lain jatuh sakit atau berjangkit dengan mereka ia dianggap sebagai satu sikap yang tidak bertimbang rasa dan kurang sopan.

Sumber: health.com

Malah, pelajar-pelajar di sekolah juga diterapkan budaya memakai penutup muka sekiranya mereka bertugas untuk menyediakan hidangan makan tengahari kepada pelajar lain. Jika pihak klinik atau hospital mengesahkan mereka demam, mereka akan memaksa pesakit untuk memakai topeng muka atau beli di klinik tersebut.

2. Elakkan Jangkitan

Walaupun telah diingatkan supaya memakai topeng muka sekiranya tidak sihat, namun masih ada yang ingkar. Bagi orang Jepun yang rata-ratanya menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan untuk mereka bergerak ke mana-mana, pemakaian topeng muka adalah sangat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman daripada mereka yang tidak sihat. Jika mereka yang selsema tidak mahu memakai topeng muka, anda yang sihat harus memakainya untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan tersebut.

Anhang-14-1024×768

Sumber: matcha-jp.com

3. Aksesori Fesyen

Jepun sememangnya terkenal dengan trend fesyen yang lain daripada yang lain dan mempunyai standard fesyen yang tersendiri. Disebabkan itu, penggunaan topeng muka juga dianggap sebagai fesyen di sana. Topeng muka yang dipakai tidak semestinya bewarna putih.

RIMG0061-1024×768

Sumber: matcha-jp.com

Mengikut kreativiti mereka topeng muka ditampal dengan pelbagai jenis corak, warna, dan reka bentuk. Walaupun tidak memenuhi standard untuk mengelakkan penyakit tetapi ia mampu memberikan imej yang menarik dan eksotik. Pada pendapat mereka, pemakaian topeng muka ini memberikan imej misteri, dan mampu menarik perhatian orang ramai. Hasil daripada kreativiti ini juga, terdapat topeng muka yang mempunyai bau-bauan yang pelbagai.

s-l640

Sumber: ebay.com

4. Malas Bersolek

Menjadi kebiasaan bagi wanita Jepun untuk mengenakan solekan walaupun untuk ke kawasan berdekatan. Tetapi sekiranya mereka tidak sempat ‘makeup’, topeng muka adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Bagi mereka, topeng muka mampu menutup cela terutamanya jerawat. Selain itu, ada juga yang memakai topeng muka kerana kurang keyakinan diri. Jadi, mereka memakai topeng muka supaya boleh berhadapan dengan orang ramai tanpa rasa kekok.

0yuko1-1024×768

Sumber: google

5. Bau Busuk

Apabila berada di tempat sesak seperti dalam kereta api atau bas, pastinya akan ada bau-bauan yang kurang menyenangkan seperti bau asap rokok. Jadi, mask berfungsi mengurangkan masalah ini. Walaupun ia tidak mampu menghilangkan seratus peratus bau tersebut tetapi ia membantu mengurangkan sedikit bau tersebut.

Sumber: freepik.com

Lain pula keadaan di Malaysia dimana topeng muka hanya digunakan apabila berlaku pencemaran seperti jerebu. Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2013, nilai pasaran topeng muka di Jepun pernah mencecah sehingga RM923 juta menunjukkan bahawa ‘mask’ benar-benar mendapat permintaan tinggi di sana.

Ini pula artikel menarik topeng Darth Vader yang diperbuat daripada emas tulen bernilai RM6 juta.

Topeng Darth Vader Ini Diperbuat Daripada Emas Tulen Bernilai RM6 Juta

BAPE Tampil Dengan Koleksi Topeng ABC CAMO

BAPE Tampil Dengan Topeng Muka ‘Glow-In-The-Dark’

 

  • SUMBER

Anda Mungkin Suka