Anda peminat K-Drama? Kami pasti ada antara anda yang sedang menonton drama siri Nevertheless yang mula ditayangkan di Netflix sejak 20 Jun lalu.

Sedikit sinopsis, drama ini mengisahkan tentang ‘cinta monyet’ romantik antara dua pelajar sekolah aliran seni, Yu Na-bi (Han So-hee) yang bercinta dengan rakan sekelasnya, Park Jae-eon (Song Kang). Bukan sekadar sweet, malah hubungan mereka juga sangat complicated.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yu Na-bi, seorang yang tidak percayakan cinta tetapi ingin sekali bercinta berbeza pula dengan Park Jae-eon, seorang ‘buaya’ yang suka menggoda wanita, tetapi tidak mahu mempunyai perhubungan cinta yang serius kerana baginya ia sangat mengjengkelkan. Menarik bukan?

Bagi anda yang belum menonton, berikut kami senaraikan 5 sebab mengapa anda mesti tonton drama siri Nevertheless ini.

1. Adaptasi komik yang popular di laman webtoon

알고있지만_PR_still_8
Sumber: Netflix

Nevertheless akan bersiaran di Netflix selama 10 episod yang diadaptasi sepenuhnya daripada kisah Nevertheless versi komik yang popular dibaca di laman webtoon.

Kisahnya tidak perlu diubah kerana para peminat lebih sukakan jalan cerita versi komik. Pendapat peminat itu disokong oleh pengarah drama ini, Kim Ga-ram juga pelakon, Han So-hee yang turut sama menyukai jalan cerita Nevertheless versi komik.

“Setelah membaca komiknya, hati saya terpanggil untuk menghasilkan Nevertheless versi drama lives-action kerana ia lebih realistik dan penonton juga mudah faham tentang mesej percintaan yang cuba disampaikan,” kata Kim Ga-ram.

2. Kisah romantik yang lebih realistik

알고있지만_PR_still_11
Netflix

Anda selalu menonton K-Drama romantik-fantasi? Sangat boring! Apa kata kali ini anda cuba bertukar angin dan layan K-Drama romantik-realiti, lebih tepat sudah pastinya drama Neverthelesss.

Nevertheless menjanjikan kepuasan kepada peminat drama romantik. Sangat sweet habis! Malah, kisah percintaan serta momen ‘mengayat’ dalam drama ini sangat ‘modern dating’ serta realistik persis kisah cinta di dunia yang sebenar. Serius cakap, anda mesti tonton drama ini.

3. Karakter yang boleh dikaitkan dengan kehidupan realiti

알고있지만_PR_still_18
Netflix

Bercakap mengenai tajuk serta bagaimana drama ini boleh dikaitkan dengan kehidupan realiti penonton, pengarah Kim Ga-ram menjelaskan bahawa kisah Nevertheless sangat dekat dengan kisah serta perasaan bagaimana seseorang itu dilamun cinta dan terguris luka disebabkan cinta.

“Saya berharap penonton boleh kaitkan watak saya dalam Nevetherless dengan kisah percintaan mereka. Saya juga mahu penonton anggap lakonan saya ini real dan bersahaja,” kata Han So-hee.

4. Pemilihan hero dan heroin yang sangat tepat

Song Kang Han So-hee 1
Netflix

Kim Ga-ram turut menambah bahawa pemilihan Song Kang dan Han So-hee untuk menjayakan drama ini adalah tepat.

“Ketika membaca cerita ini di webtoon, pemilihan Song Kang dan Han So-hee sudah bermain-main dalam fikiran saya untuk digandingkan dalam drama Nevertheless.

“Rezeki tidak salah alamat, mereka berdua juga suka dengan kisah komik ini dan sudi bekerjasama dengan saya untuk menjayakan drama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Han So-hee turut menjelaskan bahawa karakter Yu Na-bi sangat dekat dan mempunyai persamaan dengan dirinya.

5. Gandingan yang sangat serasi

알고있지만_PR_still_10
Netflix

Akhir sekali, gandingan dua pelakon popular, Song Kang dan Han So-hee dikatakan sangat menjadi. Bermula sekadar berkawan sehingga kedua-dua watak ini dikembangkan dalam hubungan cinta dalam layar skrin yang begitu serasi dan bersahaja.

Akan tetapi, drama ini disarankan untuk golongan dewasa kerana ada beberapa episod yang memaparkan adegan yang sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Nevertheles yang baharu sahaja menyiarkan episod pertamanya pada 20 Jun lalu, setiap hari Ahad, jam 12 tengah malam, hanya di Netflix.

Baca lagi mengenai drama korea Doom At Your Service yang trending di Twitter menerusi pautan di bawah.

‘Trending’ Di Twitter, Drama Korea Doom At Your Service Berjaya Bermain Dengan Emosi Penonton

7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Sumber