Jika anda adalah seorang penggemar fesyen, kami ada berita baik untuk anda! Minggu lalu Modanisa.com, sebuah platform perintis fesyen sopan telah pun mendarat di pasaran Malaysia.

Walaupun baru sahaja dilancarkan, jenama antarabangsa dari Turki ini sudah pasti bakal menjadi portal online shopping yang akan digilai penggemar fesyen, khususnya anda yang ingin sentiasa tampil trendy dan sopan. Kenapa? ini 5 sebab mengapa Modanisa.com bakal ‘hit’ di Malaysia.

1. Modanisa.com merangkumi tujuh kategori produk pakaian wanita

https://www.instagram.com/p/CGugwRnjwjt/

Anda ingin ke majlis formal? bersukan? atau anda mempunyai masalah mencari pakaian untuk saiz anda? Jangan risau, portal Modanisa.com mempunyai rangkaian produk yang sudah semestinya bakal memenuhi setiap keperluan para fashionista kerana portal ini merangkumi 7 kategori dari produk pakaian wanita seperti jubah, sut, seluar, loungewear dan lingerie.

Portal Modanisa.com merngkumi pilihan variasi pakaian dari pakaian ke majlis seperti sut, dan gaun ke pakaian sukan seperti sut balapan, seluar leggings dan sut peluh. Jika anda seorang yang suka berenang, portal ini juga mempunyai pakaian renang untuk wanita muslimah, menarik bukan?

2. Harga yang mampu milik

https://www.instagram.com/p/CIAmKlUHZPe/

Tak semua pakaian cantik itu mahal. Buktinya, rata-rata pakaian dengan gaya kontemporari dan berkualiti tinggi di platform Modanisa.com ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan menjadikan ia mudah untuk dimiliki para fashionista  dan hijabista di Malaysia.

Hal ini kerana Modanisa.com menyasarkan pakaian mereka kepada golongan milenial yang bergaya tanpa meninggalkan adab kesopanan. Oleh itu, tidak hairan lah jika platform ini nanti bakal digilai penggemar fashion jenama high streets.

3. Mempunyai banyak jenama ternama di dunia

https://www.instagram.com/p/CDjHrYfg-9F/

Portal Modanisa.com bukan sahaja bersifat antarabangsa malah, portal ini juga mempunyai barisan jenama yang ternama dunia di bawah naungannya. Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada jenama fesyen sopan yang ternama seperti TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan juga pendatang-pendatang baharu dalam industri fesyen.

Menurut Kerim Ture, Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com ketika ditemu bual semasa pelancaran portal ini, Modanisa.com juga sedang merancang untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama fesyen ternama di Malaysia.

4. Menerima banyak anugerah

https://www.instagram.com/p/CCxc0tQp-jn/

Pada tahun 2017, portal Modanisa.com pernah mengungguli anugerah kategori Seni Islam dalam Anugerah Ekonomi Islamik (Islamic Economic Awards) di Dubai. Selain itu, jenama dari Turki ini juga pernah memenangi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa (International Business Excellence Award) di bawah kategori ‘E-dagang dan Pengalaman Digital’ pada tahun 2018.

5. Merupakan antara 8 platform online terbaik di Asia

https://www.instagram.com/p/CCSstGPp9pB/

Menurut laporan dari Harper’s Bazaar, Modanisa.com tergolong di dalam senarai 8 platform online shopping terbaik buat fesyen sopan di Asia. Melihat kepada variasi pakaian dan kategori yang ada di Modanisa.com, tidak hairan lah apabila portal ini tersenarai sebagai platform terbaik seiring dengan jenama besar seperti Net-a-Porter, Zalora dan jenama dari Malaysia sendiri, FashionValet.

Kami ada berita baik untuk anda. Bersempena pelancaran rasmi Modanisa.com di Malaysia, kami akan pilih 4 pembaca bertuah untuk memenangi voucher beli belah bernilai USD50 (+-RM210). Ikuti cara di bawah:

1. Like laman rasmi Modanisa di Facebook dan Instagram.
3. Tekan di sini dan kongsi artikel ini di halaman Facebook.
3. Pastikan tetapan perkongsian anda public dan bukannya private.
4. Pihak kami akan menghubungi pemenang yang bertuah secara terus. Pengumuman pemenang akan dibuat di sini. Peraduan ini berlangsung dari 29 November 2020 dan berakhir pada 20 Disember 2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Modanisa.com, anda boleh melayari laman sesawang Modanisa.com atau muat turun aplikasi melalui Apple App Store atau Google Play Store. Selamat membeli belah!

Ingin baca lagi tentang Modanisa.com? Klik pada pautan di bawah.

Platform Fesyen Muslimah, Modanisa Kini Tiba Di Malaysia

Butik ‘Stand-Alone’ Pertama Uniqlo Malaysia Bakal Dibuka Di Damansara Avenue Disember Ini