Jepun, negara vending machine. Tahukah anda ratio di sana bilangan 4 vending machine bersamaan 1 rakyat Jepun?

Vending machine atau juga dikenali mesin gedegang di Malaysia merupakan mesin yang menjual pelbagai jenis benda dengan hanya memasukkan wang kertas atau syiling ke dalamnya dan kebiasaanya adalah jual air tin atau botol. Jepun merupakan negara yang paling banyak vending machine di dunia. Setiap penjuru, setiap lorong dan setiap ceruk mempunyai mesin ini.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Apa yang menarik lagi, vending machine ini turut menjadi salah satu budaya yang unik di Jepun. Tanya sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun, tentu mereka akan mengiyakan tentang perkara ini atau juga mereka menjadi ‘gian’ dengan mesin air ini.

Setiap tempat berbeza harga air tin di vending machine tetapi dasarnya adalah 100¥ untuk setiap satu minuman botol kecik. Jika bertuah, anda boleh jumpa yang berharga 50¥ di beberapa tempat pedalaman dan ada satu tempat di perkampungan di kawasan Osaka yang menyediakan air dengan harga 10¥ tetapi air tidak boleh dipilih.

Berbalik tentang negara vending machine. Adakah disebabkan orang Jepun yang sangat menghargai masa dan juga gilakan kerja menyebabkan peningkatan vending machine ini? Orang New York juga turut sesibuk Jepun, orang Kuala Lumpur juga turut mencari rezeki tapi kenapa vending machine kurang di Amerika dan juga di Malaysia?

Ada beberapa andaian yang boleh dipertengahkan daripada kenapa Jepun mempunyai vending machine yang terlampau banyak sehinggakan di puncak gunung Fuji juga turut mempunyai 2 vending machine ini.

Mount Fuji Vending

Antara vending machine yang anda boleh jumpa di Gunung Fuji. Kredit gambar: The Sungirl Says

1. Kos buruh

Disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, tidak penerimaan warga asing dan kadar kelahiran yang rendah menyebabkan kos buruh di Jepun sangat-sangat tinggi. Jadi dengan adanya vending machine ini boleh mengurangkan kos untuk membayar gaji.

2. Peningkatan harga tanah dan rumah

Tanah di tengah bandar Jepun sekarang meningkat menggila bersaing hebat dengan peningkatan ekonomi dan juga kemajuan mereka. Tanpa adanya kedai, pengusaha vending machine boleh mengurangkan kos sewaan tapak. Lagipun keluasan 10”x10” boleh memuatkan 4-5 mesin ini berbanding sebuah kedai runcit.

3. Jenayah kurang

Walaupun vending machine diletakkan di celah-celah lorong gelap dan juga kampung-kampung sekali pun, masih kurang laporan terhadap kegiatan pecah mesin dan juga vandalism. Dan setiap vending machine di Jepun ini turut mempunyai kamera tersendiri di dalamnya dan juga sambungan terus ke pos polis terdekat jika berlaku perkara yang mencurigakan.

4. Duit syiling banyak

Duit syiling di Jepun sangat bernilai. Jika diambil persamaan epal kepada epal, nilai 100¥ adalah bersamaan dengan RM1 tetapi ianya dalam bentuk syiling dan bukannya not kertas. Jadi dengan lebihan syiling di dalam poket akan membuatkan seseorang untuk membeli walaupun tidak perlu kerana hanya ingin mengurangkan beban dalam poket atau juga serabut melihat lebihan syiling.

5. Dunia teknologi robot

Jepun dipandang tinggi oleh seluruh negara luar sebagai pengeluar robotik dan juga pelbagai jenis mesin yang hebat. Jadi untuk mengekalkannya sebagai negara mesin yang hebat dan dipandang seantero dunia, mereka mengekalkan dan menambah vending machine di merata-rata. Malah, ada yang canggih siap boleh masak pizza on the spot.

Itu adalah sedikit sebanyak andaian kasar kenapa negara Jepun dikenali sebagai negara vending machine. Entah ya entah tidak, tepuk dada urut pelan-pelan.

Di Jepun, bukan hanya vending machine air yang ada. Mereka turut meletakkan fresh coffee, sayur, mainan, rokok dan juga perbagai lagi. Jadi wajarlah mereka memegang status sebagai king of vending machine in the world bukan?

P/S: Gambar ini merupakan vending machine senapang yang aku jumpa di celah-celah lorong.

Jepun Vending Machine

Artikel di atas disumbangkan oleh Jeroong Wia. Beliau merupakan pengembara yang banyak berjalan di Jepun dan sangat mahir perihal negara Matahari Terbit Ini. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka