Mengembara dan berjalan ke luar negara adalah impian dan keinginan ramai orang. Lebih menyeronokkan lagi sekiranya pergi bersama kawan baik! Dan lagi happening sekiranya kawan baik membawa pasangan, suami dan isteri.

Masa inilah kita dapat mengeratkan perkenalan ahli keluarga dengan kawan baik. Pasti kecoh yang amat! Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menjadikan pengembaraan itu suatu kenangan yang sukar dilupakan. Dan sering disebut dan dikenang selalu.

Antara kebaikkan mengembara ke luar negara bersama sahabat baik adalah:

1. Pemilihan destinasi secara kolektif

kelebihan-travel-dengan-kawan-1

Destinasi utama akan ditentukan (misalnya: Eropah) dan kemudian destinasi pengembaraan akan dipilih secara kolektif, setiap orang akan mengutarakan destinasi impian masing-masing dan kemudian timbang tara akan dilakukan (pasangan hanya menuruti sahaja). Kenapa perlu ditimbang tara?

Ini bagi mengelakkan terlebihnya hari (takut majikan tidak luluskan cuti kalau terlampau lama) dan kos yang berlebihan (ini faktor yang penting untuk dipertimbangkan).

Agak susah untuk membuat penentuan kerana setiap destinasi di Eropah adalah sangat menarik! Walaubagaimana kata sepakat akan ditentukan setelah dibincangkan.

2. Ada yang jadi perancang

kelebihan-travel-dengan-kawan-3

Part ini yang paling best! Tidak semua mampu mengalas tanggungjawab ini. Rumit babe! Dalam satu kumpulan itu pasti akan ada seorang atau 2 orang yang mempunyai kelebihan mengalas tanggungjawab ini.

Mereka akan membuat kajian mengenai destinasi, pengangkutan, penginapan dan kadar masuk dan tambang di sesuatu destinasi itu. Bab ini aku paling fail! Aku lebih rela turuti je cadangan mereka. Yang pasti tiba masa kita jalan.

Dan tiba pada waktu itu, mereka akan berperanan untuk lead the group, mereka yang akan bersusah payah untuk memastikan setiap orang sampai ke destinasi yang ditujui. (Aku pernah sesat di Paris sebab tak tau baca peta!)

Tabik hormat kepada kawan-kawan yang mempunyai kelebihan sebegini.

Baca: 4 Risiko Besar Yang Ramai Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara

3. Kewangan terjaga

kelebihan-travel-dengan-kawan-2

Eh, bagaimana pula kewangan boleh terjaga? Heheā€¦ Itu yang aku nak kongsikan. Ok, dalam banyak-banyak kawan kita pasti ada yang punya kad kredit yang agak tinggi dari kitakan, jadi minta mereka dahulukan mana-mana pembayaran yang perlu dijelaskan dahulu misalnya tiket keretapi, bayaran penginapan dan kereta sewa (ingat bayar balik!).

Tetapi kena ada perjanjian terlebih dahulu dengan empunya kad (takut dia kenakan faedah lagi tinggi dari bank). So, sementara menunggu tibanya waktu nak travel bolehlah menyimpan duit untuk berbelanja ketika itu nanti.

Walaubagaimanapun, jangan risau bila berbelanja atau tidak cukup wang ketika mengembara, banker ada! Kawan baik pasti akan sudi untuk pinjamkan samaada cash atau kad kredit. So, lepas habis trip, penyata perbelanjaan akan dikemukan kepada setiap orang. Ingat bayar balik lepas ya!

4. Makan minum terjaga

kelebihan-travel-dengan-kawan-5

Ketika mengembara bersama kawan baik, lokasi penginapan yang dipilih kebanyakkannya adalah asrama (Youth Hostel). Bila menginap di asrama, kita boleh masak bekalan yang dibawa dari Malaysia.

Yang dah berkeluarga mesti akan mengangkut pelbagai jenis bekalan makanan seperti maggi, serunding dan sambal ikan bilis. Yang bujang pasti sangat beruntung, sebab boleh tumpang sekaki.

Bila mereka menyediakan makanan untuk suami dan pasangan mereka pasti kita pun ada bahagiannya nanti. Jadi bolehlah tidur balik, biar mereka yang sediakan. Jangan over sangat ok. Pergilah tolong sekali. Hehehe. Semuanya akan rasa sedap bila makan bersama biarpun nasi kelmarin.

5. Saling memperhatikan

kelebihan-travel-dengan-kawan-4

Bahagian ini paling best! Kenapa? Disitulah persahabatan itu mulai akrab dan utuh. Ketika mengembara bersama-sama, setiap orang akan menjaga antara satu sama lain.

Baik dari segi keselamatan dan kesihatan, saling memperingatkan. Ketika mengembaralah kita semakin mengenal dengan lebih dekat lagi kawan baik kita, dari situlah kita saling bergantung antara satu sama lain terutama berada di luar negara.

Setiap kali kembali ke penginapan pasti masing-masing akan bercerita mengenai perjalanan seharian itu. Kita akan lebih banyak bersama dan bercerita dari kebiasaannya. Kita menjadi semakin akrab.

Baca lagi: 3 Tip Tukar Duit Ke Matawang Asing Sebelum Anda Travel Ke Luar Negara