Acara tahunan yang mengumpulkan sneakerhead dari serata Malaysia dan juga dunia, SneakerLAH akan berlangsung hujung minggu ini di Mid Valley Exhibition Centre.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit tentang sejarah SneakerLAH. Sneakerlah bermula pada tahun 2015 sebagai satu projek antara rakan dan pengumpul kasut. Bermula dari edisi pertama ini, Sneakerlah semakin membesar dan kini bakal berlangsung sekali lagi di Mid Valley di kawasan seluas 60,000 kaki persegi.

Apa yang menarik di Sneakerlah tahun ini? Ini antara 5 tarikan utama untuk SneakerLAH tahun ini.

1. ASICS Gel Kayano 5 ‘Nasi Lemak’

Model kasut unik ASICS GEL Kayano 5 ini merupakan projek khas antara ASICS Malaysia dan SneakerLAH. Hanya 500 pasang dihasilkan dan anda cuma boleh membelinya di SneakerLAH sahaja. Disebabkan model ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, kami jangka kasut ini bakal sold out paling cepat di SneakerLAH.

2. Pestle Mortar Clothing x Ultraman

Selepas kolaborasi mengancam mereka bersama KFC sebelum ini, PMC bakal melancarkan koleksi khas mereka bersama Ultraman. Sebanyak 21 rekaan yang boleh dipilih dan anda boleh mendapatkannya jam 10 pagi di SneakerLAH.

3. Pameran kasut vintaj Vans oleh Henry ‘Pillow Heat’

Peminat setia jenama Vans pasti sangat mengenali Henry. Henry merupakan salah seorang collector dan penjual Vans vintaj Made In USA terkenal dunia bakal memperlihatkan sebahagian koleksinya di SneakerLAH bersama 5 collector dari Malaysia. Masa inilah untuk anda cuci mata melihat model rare yang susah untuk didapati di Malaysia.

4. Chinatown Market x Sole What x SneakerLAH

Jenama streetwear yang kini sedang popular dalam kalangan artis Hollywood, Chinatown Market turt akan menghasilkan koleksi khas untuk SneakerLAH. Ini juga merupakan kali pertama jenama dari Amerika Syarikat ini ‘turun padang’ untuk bertemu peminat mereka di Malaysia.

5. Koleksi khas daripada vendor di SneakerLAH

https://www.instagram.com/p/B3G45sph7xP/

Tidak meriahlah SneakerLAH tanpa penyertaan vendor seperti 17 Gallery, Preme KL, Janggut Bear dan banyak lagi. Mereka juga akan hadir dengan baju tshirt khas yang akan dijual hanya di SneakerLAH. Pastikan anda cepat kerana biasanya koleksi ini laris dan sold out di hari kejadian.

Buat anda yang terlepas ke SneakerLAH tahun lalu, silalah berkunjung ke SneakerLAH hujung minggu ini. Lagi pun ianya lebih mudah diakses kerana diadakan di Mid Valley Mall sahaja. Manalah tahu kasut idaman anda yang dicari selama ini ada dijual di SneakerLAH esok.

Untuk melihat kemeriahan SneakerLAH tahun lalu, boleh klik pada artikel di bawah.

Vocket Visits: ‘SneakerLAH’ Event Streetwear Terbesar Di Malaysia

Vocket Visits: Gelagat Peminat Sneakers Di SneakerLAH 2017

Rekaan Nasi Lemak Untuk Vans Custom Culture Ini Curi Perhatian Netizen