Pada yang mungkin terlepas peluang untuk hadir ke pameran Art Of Speed (AOS) tahun lalu, tahun ini anda perlu ke MAEPS, Serdang pada 27 dan 28 Julai ini kerana AOS 2019 akan berlangsung dengan lebih besar dan epik tahun ini!

AOS adalah acara pameran motosikal dan kereta custom terbesar di Malaysia dan seperti tahun-tahun sebelum ini, pelbagai acara menarik akan berlangsung termasuklah beberapa tarikan baharu yang ditambah bagi memberi pengalaman yang terbaik untuk semua yang hadir ke acara ini. Ini antara tarikan menarik yang menanti anda di AOS 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1.Sound Circus

Berbeza dengan AOS sebelum ini, bilangan artis yang akan beraksi hujung minggu ini bakal bertambah dan disebabkan itu, tersedialah stage yang lebih besar dan hebat; Sound Circus!

Sound Circus Supported By Vans ini akan menampilkan band ternama tanah air seperti Kapow, Restraint, Masdo, Bittersweet dan Hujan pada hari Sabtu manakala band Asheed (Def Gab C), Cinta Buatan Malaysia dan Blues Gang pada hari Ahad.

2. Hausboom X AOS 2019 Hot Wheels ‘Lil Beach’

Khas untuk Art Of Speed 2019, Hausboom telah menghasilkan sebuah kereta Volkswagen Beetle Gen 1 pada skala 1:1 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh jenama Hot Wheels. Lebih menarik, model ini merupakan model full-scale pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan daripada Hot Wheels!

Pada mulanya model ini hanya untuk pameran sahaja tetapi selepas akur dengan cabaran di Twitter, model ini akan diberikan kepada pengunjung bertuah di Art Of Speed! Syaratnya cuma anda perlu membeli pek edisi khas Hausboom x AOS 2019 esok. Jika anda pemenang bertuah, anda bakal bawa pulang model yang awesome ini.

3. Pameran Hot Wheels ‘Japan Historics 3’

Hot Wheels Malaysia secara rasminya akan memperlihatkan barisan model ‘Japan Historics 3’ yang akan berada di pasaran tahun hadapan.

Peminat yang hadir juga turut dapat melihat model Nissan Skyline dan Honda City Turbo II skala sebenar bersama model diecast prototype secara lebih dekat. Hot Wheels Lead Designer (Premium & Collector Segment) Steve ‘Van’ Vandervate turut akan terbang dari Amerika Syarikat untuk bersama anda.

Jika anda mempunyai sebarang item Hot Wheels untuk ditanda tangan oleh Steve, jangan lupa bawa ke AOS nanti!

4. ‘Mizuki’ Kereta Mini Bernadikan Enjin Hayabusa

Boleh atau tidak enjin motosikal gerakkan sebuah kereta? Jawapannya adalah ya. ‘Mizuki’ adalah model hibird antara badan kereta Mini Cooper dikuasakan enjin motosikal Suzuki Hayabusa. Boleh kata ini adalah antara model paling unik yang anda boleh lihat di AOS tahun ini.

Bukan itu sahaja pengunjung bertuah berpeluang untuk membawa pulang kereta unik ini! Bagaimana? Setiap tiket masuk anda merupakan lucky ticket yang akan dicabut pada hari Ahad. Jadi semua yang hadir ke AOS mempunyai peluang untuk memiliki kereta yang unik ini.

5. Hail Vintage

Pameran barangan vintaj, Hail Vintage diteruskan tahun ini dengan koleksi yang lebih meriah. Jika anda mahu lihat ’emas biru’, kena datang dan lihat sendiri pameran Hail Vintage.

Tidak ada sebab untuk tidak mengunjungi AOS 2019 hujung minggu ini atau anda akan menyesal. jangan lupa ajak rakan untuk terjah MAEPS bagi sama-sama meriahkan acara ini. Tiket untuk ke AOS masih dijual secara atas talian di sini berharga RM20. Namun, tiket untuk ke acara Sound Circus dijual berasingan sudah pun sold out! Rugi anda tidak beli awal semua tiket ke AOS.

Untuk memudahkan anda merancang perjalanan, ini adalah jadual untuk AOS 2019 esok. Jumpa di sana.