Pulau Langkawi antara destinasi pilihan orang ramai yang mahu lari dari kesibukan kota dan turut dinobatkan sebagai antara pulau terbaik di asia tenggara kerana mempunyai pemandangan yang indah serta flora dan fauna yang dijaga rapi.

Ketika percutian singkat saya ke Langkawi, saya telah menginap di Resort World Langkawi yang terletak di Tanjung Malai. Lokasi resort ini hanyalah 25 minit dari lapangan terbang Langkawi dan merupakan penginapan private dengan pemandangan sunrise terbaik di Langkawi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@vocket

Ini sebab anda tidak akan menyesal tinggal di Resort World Langkawi. @resortsworldlangkawi #ResortWorldLangkawi #AMillionViews #fyp #foryourpage #travelling #travel #staycation #honeymoon #hotel #pulaulangkawi #sunsetcruise #cablecarlangkawi #islandhopping #jetski #kayak #xyzbca #vockettravel #vocketjalanjalan

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Untuk pengetahuan anda, Resort World Langkawi dikenali sebagai Awana Porto Malai sebelum penjenamaan semula dilakukan dan kini ia dimiliki penuh Kumpulan Genting.

Susulan penginapan saya di Resort World Langkawi baru-baru ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya menginap di sini dan memberikan anda ‘alasan’ untuk menjadikan Resort World Langkawi sebagai penginapan pilihan anda jika ke Langkawi. Ayuh kita mulakan!

1. Bilik yang selesa

Antara bilik yang ditawarkan. Foto: Mimie Yuzi

Menawarkan sebanyak 211 bilik dengan pelbagai seleksi pilihan jenis bilik, Resorts World Langkawi pasti akan memenuhi kriteria yang anda perlukan. Bukan itu sahaja, bermula dengan bilik standard sehinggalah kepada bilik suites dengan pemandangan laut semuanya sangat luas dan selesa untuk setiap tetamu.

Saya telah menginap di bilik yang menghadap laut dan pada waktu pagi, saya dapat lihat keindahan matahari terbit dan juga keindahan pemandangan sepanjang masa. Malah, setiap bilik juga dilengkapi dengan setiap keperluan tetamu dan rekaan dalaman yang diberi nafas baru menjadikan ruangan bilik kelihatan minimalis.

2. Dapat lihat ‘sunrise’ di infinity pool dan ‘sunset’ di cruise

Menikmati ‘sunrise’ di infinity pool dan ‘sunset’ di cruise. Foto: Mimie Yuzi

Menariknya, di resort ini terdapat infinity pool yang menggunakan air masin dan disebabkan kolam ini berhadapan dengan laut, anda akan dapat melihat keindahan laut beserta pemandangan menakjubkan ketika matahari terbit.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah Sunset Cruise untuk menikmati ketenangan laut dan melihat terbenamnya matahari di tengah laut selat melaka. Selain itu, makan malam BBQ turut disediakan di atas kapal dan minuman secara free flow juga tersedia. Anda juga boleh rasai sendiri jacuzzi air masin dari atas cruise ini.

3. Aktiviti sukan air dan rekreasi

Aktiviti berkayak dan jakuzzi di cruise. Foto: Mimie Yuzi

Tidak perlu pening kepala untuk mencari pakej di luar kerana anda boleh mendapatkan pakej untuk aktiviti sukan air dan rekreasi di Resort World Langkawi. Kiranya, bukan hanya ada Sunset Cruise tetapi terdapat juga aktiviti lain seperti kayak, jet ski dan snorkeling.

Akan tetapi, ketika saya berkunjung ke sini tidak dapat melakukan aktiviti jet ski disebabkan faktor paras air laut yang tidak sesuai tetapi aktiviti kayak dapat dicuba. Secara jujur, ianya satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama rakan-rakan atau keluarga.

4. Facilities yang banyak untuk tetamu

Jika anda tidak tahu mahu lakukan apa pada waktu petang, anda boleh berbasikal di sekitar resort sambil melihat panorama indah laut. Sebenarnya banyak facilities yang ada di sini, antaranya restoran, game room, gym dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, jika anda mahu ke Pantai Cenang untuk borong coklat dan membeli-belah, perkhidmatan shuttle van percuma turut disediakan kepada tetamu. Maka, anda yang tidak menyewa kereta tidak perlu pening kepala dan dapat berjimat wang pengangkutan.

5. Pilihan makanan yang pelbagai

Antara seleksi makanan menarik di Resort World Langkawi. Foto: Mimie Yuzi

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh anda dapatkan di The Seagull Coffeehouse dimana ia menawarkan pelbagai masakan Asia dan antarabangsa yang dibuka bermula jam 7 pagi hingga 10.30 pagi setiap hari.

Istimewa pada bulan Ramadan ini, anda juga boleh mencuba buffet Ramadan dimana pelbagai seleksi makanan seperti kambing golek, sate, nasi arab dan sebagainya dengan harga serendah RM50 untuk dewasa (early bird promo).

Berkonsepkan seni bina Mediterranean dan dihiasi dengan sinaran cahaya dari terbit hingga terbenam matahari pasti memukau hati para penginap Resort World Langkawi. Jadi, buat anda yang belum pernah menginap di sini, maka anda boleh mempertimbangkan resort ini sebagai destinasi penginapan anda di Langkawi.

Lebih menarik, Resort World Langkawi juga perkenalkan pakej penginapan yang meliputi bilik Premier selama 3 hari 2 malam, sarapan untuk dua orang, sunset cruise untuk dua orang dan juga 20% diskaun makanan di Resort World Langkawi dengan harga RM840 untuk bukan ahli.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, anda boleh klik di pautan ini. Anda pasti tidak akan menyesal menginap di sini dan dapat mencipta 1001 kenangan manis bersama tersayang.