Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi mereka yang mahu jadikan senaman sebagai salah satu resolusi tahun ini, pastinya 5 senaman ini bakal menarik perhatian untuk dicuba. Tapi kami mahu maklumkan awal-awal bahawa senaman ini sudah ada, cuma diberi lebih penekanan pada tahun 2015 ini.

1. Body-weight training

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

American College of Sports Medicine (ACSM) telah melakukan satu survey melibatkan lebih 3,000 fitness professionals dunia, mereka menjangkakan latihan body weight menjadi trend no. 1 apabila melihat banyak kumpulan atau personal training ke arah tersebut. Tambahan pula body-weight training ini lebih mudah dilakukan oleh mereka yang minat fitness tetapi tiada peralatan senaman. Kekuatan yang terhasil dari latihan ini boleh dinilai dari segi jumlah pengulangan aktiviti dan ketahanan diri.

Psstt.. Orang yang melakukan body-weight training ini kelihatan macho dan tough semasa melakukan senaman terbabit. Kalau tak percaya, lihat ini:

2. High Intensity Interval Training (HIIT)

Ini dijangka hit kerana kesannya yang super duper efektif! Terutama bagi mereka yang kesuntukan masa tetapi tetap mahu bersenam. Siapa tak nak kan dengan senaman selama 20 minit sahaja tetapi kesannya sama seperti senaman selama 1 jam ke atas. Hasilnya lemak tetap terbakar dan anda pasti tersenyum lebar :D

Ini contoh HIIT untuk bakar lemak:

3. Educated and experienced fitness professionals

Sambil-sambil bersenam, apa kata dapatkan double benefits! Iaitu memiliki sijil kejurulatihan senaman secara profesional. Bersenam, hilangkan lemak, get fit, lengkapkan modul pensijilan dan akhirnya anda mendapat title sebagai certified fitness professional. Inilah yang bakal menjadi salah satu pilihan bagi mereka yang bersenam. Langkah ini juga boleh menambahkan pendapatan sambil mendapat ilmu dan teknik yang betul untuk bersenam. Grand kan? ;)

Bagaimana nak cari? Buka Google dan taip perkataan ini: certified fitness instructor malaysia

4. Strength training

Strength training lebih kurang sama dengan body-weight training, cuma ianya lebih bertumpu kepada membina kekuatan otot-otot dengan menggunakan peralatan. Latihan ini biasanya dikaitkan dengan abang sado. Eh

sado

5. Personal training

Dengan pertambahan kursus kejurulatihan fitness, dijangkakan lebih ramai orang akan berpeluang memiliki personal training iaitu one-to-one dengan instructor. Maka, lebih tersusun dan hasilnya juga lebih baik daripada bersenam tanpa guide.

Sumber: Verju

LIKE Facebook The Vocket di sini

Anda Mungkin Suka