Setiap tanggal 31 Ogos, kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan negara kita. Berikutan itu, banyak promosi yang ditawarkan oleh beberapa restoran sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 kali ini.

Berikut kami senaraikan 5 promosi menarik yang ditawarkan sempena Hari Kemerdekaan yang anda boleh garap esok:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Secret Recipe

Secret Recipe tawarkan diskaun sebanyak 62% bagi pembelian kek kedua yang berharga sama atau lebih rendah daripada kek pertama sempena Kemerdekaan. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos bermula dari 12 tengah hari hingga 5 petang sahaja.

2. Chatime

Kali ini Chatime tawarkan promosi sebanyak 31% untuk semua minuman siri ‘milk tea’ dan tersedia mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2019 iaitu esok. Promosi ini boleh ditebus di semua cawangan Chatime kecuali cawangan Chatime di AEON.

3. Starbucks

Jenama minuman kopi pilihan ramai orang iaitu Starbucks juga hadir dengan promosi sebanyak 20% pada 31 Ogos 2019 sempena Hari Merdeka. Anda dapat menebus diskaun tersebut jika menggunakan kad ‘National Day’ di semua cawangan Starbucks.

4. Texas Chicken

Bagi yang teringin untuk makan ayam goreng, Texas Chicken tawarkan anda promosi kombo untuk dua ketul ayam beserta air berharga RM6.90 sahaja. Promosi ini sah selama sehari sahaja iaitu pada 31 Ogos 2019 di semua cawangan restoran Texas Chicken.

5. Sushi King

Bagi anda penggemar Sushi King, anda pasti teruja dengan berita ini. Sushi King tawarkan promosi beli 6 pinggan sushi percuma 2 pinggan sushi sempena Hari Kemerdekaan. Promosi ini telah bermula daripada 21 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada hari esok iaitu 31 Ogos 2019.

Menarik promosi sempena Hari Kemerdekaan Ke-62 yang ditawarkan oleh restoran-restoran ini. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan nikmati promosi ini!

Klik pautan di bawah untuk artikel yang lebih menarik dan berkaitan dengan makanan yang baru diperkenalkan serta sedang ‘hit’ di Malaysia. 

7-Eleven Malaysia Lancar Aiskrim Perisa Unik ‘Cili Dan Limau’

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan