Menyebut tentang jenama Wiko mungkin ramai daripada anda yang baru pertama kali mengetahui jenama ini.

Jenama Wiko yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 ini sebenarnya merupakan sebuah jenama yang berasal dari Perancis namun kilang pembuatannya terletak di China begitu juga pemegang saham terbesarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini setelah beberapa tahun menempa nama, Wiko berjaya menjadi smartphone Android terlaris dijual di Perancis selepas Samsung dan telah mula memasuki pasaran Asia termasuk Malaysia. Berikut merupakan 5 smartphone Wiko yang ditawarkan ketika ini buat pasaran Malaysia.

1. Wiko Jerry

Kami mulakan smartphone keluaran Wiko yang mempunyai tanda harga yang terendah iaitu Wiko Jerry. Dengan harga RM299, Wiko Jerry menawarkan processor1.3GHz lapan teras, RAM 1 GB dan 8 GB ROM.

Boleh dikatakan harga yang ditawarkan agak berpatutan berdasarkan penawaran spesifikasi yang diberikan. Kamera 5-megapixel disertakan di bahagian belakang manakala slot dwi-sim disertakan membolehkan Wiko Jerry mampu diakses oleh dua telco yang berbeza. Wiko Jerry dikuasakan dengan penggunaan Android 6.0

2. Wiko Lenny

Ditawarkan dengan harga yang tidak jauh bezanya berbanding Wiko Jerry, Wiko Lenny antara smartphone berkos rendah yang anda boleh dapatkan. Penyertaan skrin 5.0-inci IPS HD berjaya membuatkan skrin Wiko Lenny tampak lebih cerah dan terang.

Kedua-dua smartphone ini ditawarkan dengan spesifikasi yang hampir sama namun Wiko Lenny menggunakan kamera belakang 8-megapixel. Anda boleh dapatkan Wiko Lenny dengan harga RM379 beserta waranti daripada Wiko Malaysia di sini.

3. Wiko Robby

Sekiranya anda mahukan smartphone yang mempunyai saiz skrin yang besar serta hadir dengan harga yang berpatutan, Wiko Robby antara yang anda boleh pertimbangkan.

Penggunaan RAM 2 GB dan ROM 16 GB serta dikuasakan dengan Android 6.0 sememangnya sudah cukup kegunaan asas. Sangat sesuai buat mereka yang sekadar menggunakan smartphone untuk mengakses Facebook dan WhatsApp namun mementingkan saiz skrin yang besar. Anda boleh dapatkan Wiko Robby dengan harga RM529 di sini.

4. Wiko U Feel Prime

Wiko U Feel Prime setakat ini merupakan smartphone flagship keluaran Wiko. Hadir dengan RAM 4 GB dan 32 ROM ditambah pula dengan pengimbas cap jari antara yang membuatkan Wiko U Feel Prime sebagai smartphone berbaloi untuk didapatkan dibawah RM900.

Kamera 13-megapixel yang digunakan pada Wiko U Feel Prime ini juga merupakan kamera yang terbaik pernah hadir pada smartphone keluaran Wiko setakat ini.

5. Wiko Highway Pure

Untuk pengetahuan anda Wiko Highway Pure berkongsi spesifikasi yang hampir sama bersama Wiko Robby namun Wiko Highway Pure disertakan dengan skrin 4.8-inci.

Apa yang membuat Wiko Highway Pure mempunyai tanda harga sedikit mahal adalah penyertaan material Swarovski Zirconia dibahagian tepi smartphone ini. Dalam erti kata lain, smartphone ini difokuskan buat mereka yang mahukan smartphone dengan material premium namun tidak berminat untuk berbelanja besar.

Anda boleh dapatkan smartphone keluaran Wiko beserta waranti rasmi daripada Wiko Malaysia di sini.

Dikhabarkan Wiko juga bakal mengikut trend semasa dengan mengeluarkan smartphone flagship terbaru mereka dengan penyertaan dua kemera di bahagian belakang.