5 sos asas yang bakal dikongsi dalam artikel ini dikenali sebagai ibu segala sos bagi masakan barat. Daripada ibu sos akan terhasilnya sos-sos lain apabila anda sudah menguasainya dan jadi lebih kreatif dalam masakan.

Dulu masa belajar buat sos-sos ini, saya kena pastikan sifat-sifat sos yang sempurna dapat dicapai. Sos mesti ada tekstur tersendiri, kepekatan, warna dan konsistensi yang betul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi menghasilkan ibu sos pula, anda perlu tahu 3 teknik penting ini iaitu roux, pengemulsi dan reduction dimana cecair akan dikurangkan pada suhu tertentu sehingga jadi likat.

4 sos iaitu bechamel, veloute, espagnole, dan tomato akan menggunakan roux yang terdiri daripada lemak masakan (contoh minyak atau mentega) dan tepung.

Kedua-dua bahan ini akan dimasak bersama di dalam periuk sehingga warna perang gelap sebelum tambah cecair yang mahu dipekatkan ke dalamnya.

Manakala 1 sos iaitu sos Hollandaise akan menggunakan pengemulsi semulajadi bersifat asid seperti jus lemon atau wain putih.

Untuk lebih jelas, saya kongsikan di bawah ini formula asas 5 ibu sos:

1. Sos Bechamel

Roux + tenusu (susu atau krim) = Sos Bechamel

Contoh makanan yang menggunakan sos bechamel ialah makaroni dan keju atau chicken pot pie atau Trent Pierce’s Miso-Creamed Kale atau Nobu’s Fried Asparagus.

2. Sos Veloute

Roux + white stock (ayam, sayur atau ikan) = Sos Veloute

https://www.youtube.com/watch?v=KS8682hcmfc

Sos Veloute biasanya digunakan untuk memperkayakan kuah, sos cendawan, dan sos udang. Contoh makanan yang menggunakan sos Veloute ialah Swedish Meatballs dan Vegetarian Mushroom Thyme Gravy.

3. Sos Espagnole

Roux + brown stock (lembu, atau anak lembu) = Sos Espagnole

Sos Espagnole digunakan semasa memanggang kambing, mushroom risotto, atau braised short ribs.

4. Sos Tomato

Roux + Tomato = Sos Tomato

Secara asasnya sos tomato digunakan untuk piza. Selain itu ia boleh dibuat untuk Lentil Cakes with Tikka Masala.

5. Sos Hollandaise

Kuning telur + mentega yang dicairkan + asid (jus lemon atau wain putih) = Sos Hollandaise

Sos Hollandaise boleh dijadikan sos pencicah dan juga digunakan untuk makanan seperti Savory Oatmeal atau sriracha.