Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkataan startup mula popular dituturkan oleh orang muda yang berjiwa bisnes. Apabila mahu membangunkan sesebuah syarikat sama ada secara individu atau berkumpulan, ia adalah permulaan sebuah startup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, anda tidak boleh menganggap semua syarikat yang baru ditubuhkan adalah sebuah startup. Ia hanya dipanggil sebagai startup apabila:

1. Saiz syarikat adalah kecil (individu atau berkumpulan).
2. Modal permulaan adalah duit sendiri tanpa pinjaman bank.
3. Menawarkan produk atau perkhidmatan yang tiada di dalam pasaran.
4. Model bisnes akan mengganggu gugat produk atau perkhidmatan sedia ada.
5. Memerlukan pelabur untuk berkembang bagi jangka masa pendek dan panjang.

Kelima-lima ciri itu pernah ditemui pada 13 orang yang sukses di dalam startup masing-masing. Segala pahit jerih dan manis membangunkan startup telah dikongsikan oleh mereka di 3 siri VocketTalk di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Mereka anak muda Malaysia yang membangunkan startup dengan tujuan menyelesaikan masalah masyarakat tanpa menjadikan duit sebagai matlamat utama.

Bagi golongan pemuda seperti ini, mereka percaya duit itu satu bonus setelah menjayakan sesebuah startup. Malah, bonus apabila dapat menggunakannya semula bagi mengembangkan lagi startup sedia ada ke fasa yang seterusnya agar terus survive dalam pasaran yang diterokai.

Pada tahun ini, Vocket sekali lagi membawakan VocketTalk kepada anda. Cuma ia hanya akan berlaku sekali sahaja bagi tahun 2016. Jadi, rugi jika lepaskan peluang keemasan ini.

Apatah lagi, pengalaman itu lebih berharga berbanding anda spend wang pada produk, menurut kajian bidang psikologi. Ini kerana pengalaman akan menjadi sebahagian daripada personaliti diri dan kehidupan anda.

VocketTalk 2016

Bertempat di MaGIC Cyberjaya, VocketTalk yang akan berlangsung pada 12 November 2016 ini akan mengetengahkan 5 startup yang sukses di Malaysia dan negara serantau iaitu:

1. Katsana.com
2. Empayar Benang Hijau
3. The Vocket
4. Bateriku.com
5. Belazee.com

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan ini di www.vockettalk.com

Oleh kerana tinggi kadar kegagalan sesebuah startup, penting bagi anda menghadiri VocketTalk ini kerana anda bukan sahaja akan mengetahui bagaimana mereka bermula dengan idea-idea yang gila-gila, anda juga akan mengetahui pengalaman kumpulan pengurusan mereka.

Disebabkan itulah juga VocketTalk kali ke-empat yang dianjurkan oleh Vocket ini mensasarkan anda, dari kalangan entrepreneur start-up menyertainya.

VocketTalk juga sesuai untuk anda yang mahukan inspirasi, menyerap aura positif orang sukses, menjana idea startup dan lain-lain menerusi startups yang sedang meningkat naik ini.

Ini bermakna anda juga berpeluang membina networking bersama para hadirin yang terdiri daripada mereka yang sama pemikiran dan impian dalam menjayakan startup masing-masing.

Mungkin juga timbul peluang kolaborasi. Who’s knows?

Siapakah Yang Anda Bakal Temui?

1. ADLIN YUSMAN, CEO Bemalas

Merupakan pengasas bagi Pacific Founders yang menguruskan Bemalas dan Bespoke. Syarikat perkhidmatan yang beroperasi di lima buah negara di Negara ASEAN. Memulakan perkhidmatan melalui SMS, kini Bemalas mula dikenali dan mendapat perhatian di kalangan syarikat kewangan di ASIA.

Artikel: Inspirasi Buat Anak Malaysia, Startup Ini Kuasai 5 Buah Negara Kurang Dari 2 Tahun

2. SYED AHMAD FUQAHA, CEO Katsana.com

KATSANA.com merupakan sebuah syarikat startup IT yang menjalankan perniagaan berasaskan pembangunan perisian, aplikasi dan perkhidmatan pengesan GPS bagi pelbagai jenis kenderaan termasuklah kenderaan awam, korporat dan perkapalan.

Sistem aplikasi pengesan GPS ini, KATSANA adalah satu aplikasi yang digunakan untuk mengesan lokasi kenderaan yang hilang dan juga dapat mengesan paten pemanduan kenderaan dan memberi cadangan laluan alternatif kepada pemandu.

Artikel: Bagaimana Hilang Kereta Dorong Lelaki Ini Bina Bisnes Bernilai Jutaan Ringgit

3. AZAROL FAIZI, CEO Bateriku.com

Merupakan Pengasas dan CEO syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri secara terus dan percuma kepada pemilik kenderaan.

Perkhidmatan BATERIKU.COM telah dilancarkan sejak 2 tahun lepas di bawah syarikat Green Initiative Sdn Bhd dan beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan BATERIKU.COM telahpun berkembang ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan dijangkakan akan beroperasi di seluruh Malaysia pada penghujung tahun 2016.

Artikel: Bagaimana Idea ‘Start-up’ Bateri Kenderaan Usahawan Ini Berjaya Ganggu Servis Sedia Ada

4. NURUL WAHIDA OTHMAN, PENGASAS BERSAMA TheVocket.com

Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bekerja di syarikat IT selama 10 bulan pada 2005, dan kemudian bekerja di syarikat Oil and Gas selama 8 tahun (2006-2014).

Mula terlibat dengan The Vocket secara sambilan (part time) pada tahun 2014, sebelum terlibat secara sepenuh masa pada 2015 sehingga kini.

Artikel: Bagaimana Startup Digital Media Ini Menjadi Trendsetter Dan Mengubah Pemikiran Masyarakat

5. FADZILAH MAMAT, CEO Empayar Benang Hijau

Memulakan perniagaan dengan membuat pembelian secara borong pakaian wanita dari Vietnam, menjual pakaian dari butik dan membuat pemasaran bagi produk tudung dan shawl.

Kini Empayar Benang Hijau sudah mempunyai 16 cawangan butik di seluruh Negara.

Artikel: Bagaimana Bekas Perunding Kewangan Ini Memiliki 16 Butik Seluruh Negara

Jadi Peserta VocketTalk 2016

Pilih 1 dari 5 speakers VocketTalk sebagai satu alasan kuat untuk anda hadirkan diri bersama kami pada November ini.

Jika mahu mengaut ilmu, pengalaman dan menambah jaringan bisnes bersama kelima-lima startups speakers, itu adalah satu bonus buat anda.

Maka, cipta pengalaman bersama Bemalas, Katsana, Benang Hijau, Bateriku dan kami, Vocket dengan klik pautan ini: VocketTalk 2016.