Sejak skandal FTX mula timbul, arena kripto telah menerima kesan yang besar. Syarikat yang berkait dengan kripto rata-ratanya mengalami kerugian yang besar malah nilai kriptowang utama, Bitcoin turut jatuh mendadak menerusinya.

Tiada siapa menyangka arena kriptowang diambang kegelapan pada tahun 2022,   sebanyak lima syarikat kripto utama telah diisystiharkan muflis sepanjang tahun ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sky News

Antaranya adalah FTX, BlockFi, Three Arrows Capital (3AC), Voyager Digital dan Celcius Network. Syarikat-syarikat ini tidak dapat bertahan lagi dengan pendapatan yang semakin berkurangan serta kos operasi yang tinggi sekaligus memaksa mereka untuk mengisystiharkan muflis sebagai jalan terakhir.

Menerusi laporan Reuters ini, FTX telah alami kejatuhan susulan penyaluran deposit pelanggan kepada firma perdagangan gabungannya Alameda Research mengakibatkan sejumlah pengeluaran $6 bilion berlaku dalam tempoh 72 hari.

Ini sekaligus mengakibatkan FTX diisytihar muflis seminggu selepas tindakan gabungannya bersama Binance gagal.

Kejatuhan tersebut secara langsung turut memberi kesan kepada BlockFi, susulan bergantung kepada kemudahan kredit FTX bernilai $400 juta (~RM1.75 bilion).

Di samping itu,  Three Arrows Capital (3AC) turut diisytiharkan bankrap selepas kejatuhan kriptowang Luna dan TerraUSD. Pengisytiharan tersebut turut memberi kesan kepada Voyager disebabkan kegagalan 3AC membayar pinjaman kripto bernilai lebih $650 juta (~RM2.85 bilion).

Selain 3AC, Celcius Network turut alami kejatuhan rentetan isu Luna dan TerraUSD, yang turut membawa kepada status muflis pada Julai lalu. Setakat ini, nilai Bitcoin bagaimanapun berjaya memperlihatkan peningkatan yang positif sekaligus memberi sinar harapan buat pemain kripto di luar sana.

Sumber