Jika sebelum ini puluhan atau ratusan hotel di Malaysia telah mulai ditutup berikutan penyebaran wabak COVID-19, nampaknya Hard Rock Cafe yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah turut menerima nasib yang sama.

Difahamkan kafe yang mulai dibuka pada 1 April 2015 ini telah ditutup secara rasmi pada 30 April lalu. Penutupan kafe ini adalah bertujuan bagi menjaga kebersihan kawasan setempat serta kesihatan para pekerja sepanjang musim penyebaran wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
RS26740_IMG_9508
Sumber: Hello Sabah
RS26734_IMG_9721
Sumber: Hello Sabah

Dalam pada itu, kafe ini tidak lagi dibuka selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Pihak Hard Rock International (HRI) turut mengucapkan berterima kasih kepada semua para pengunjung yang pernah melawati cawangan mereka di Kota Kinabalu ini.

Buat anda yang mahu mendapatkan cenderamata keluaran Hard Rock, masih belum terlambat untuk anda dapatkannya di laman jualan atas talian dengan klik di sini.

Penutupan cawangan Hard Rock di Kota Kinabalu bermakna Malaysia cuma mempunyai tiga cawangan Hard Rock yang bertempat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Jazz Hotel di Pulau Pinang sebelum ini muncul hotel terawal negara ditutup berikutan wabak COVID-19.

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Esprit Pula Bakal Tutup Semua Cawangan Di Malaysia Hujung Jun Depan

Sumber