Kim Hyun-joong cukup dikenali satu ketika dahulu menerusi drama Boys Over Flowers dan juga Playful Kiss. Bukan sahaja pelakon yang berbakat tetapi beliau juga merupakan ahli kumpulan SS501.

Akan tetapi, kerjayanya mula ‘jatuh’ kerana berdepan dengan dakwaan mencederakan bekas kekasihnya pada tahun 2014. Selepas 5 tahun, akhirnya ‘peperangan’ diantara Kim Hyun-joong menentang bekas kekasih tamat setelah beliau disahkan tidak bersalah oleh Mahkamah Agung Korea Selatan pada 12 November 2020.

Bekas kekasih Hyun-joong yang dikenali sebagai ‘Choi’ diarah untuk membayar 100 milion won (~ RM371,340.82) oleh pihak mahkamah apabila tiada bukti yang menunjukkan bahawa Hyun-joong bersalah di atas segala pertuduhan.

Kronologi kes Kim Hyun-joong

1605190085850127025003
SUMBER: YONHAPNEWS

Kepada yang tidak tahu, pada tahun 2014 satu aduan jenayah telah difailkan oleh Choi ke atas penyanyi tersebut. Choi mendakwa Hyun-jung telah mencederakan beliau di bahagian tulang rusuknya yang mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh.

Akan tetapi, aduan tersebut telah pun ditarik semula setelah Hyun-joong membuat permohonan maaf secara terbuka dan bersetuju untuk membayar 600 million won (~RM2,227,902.60) kepada bekas kekasihnya itu dengan syarat hal tersebut tidak lagi dibesarkan dan diselesaikan secara tertutup.

0000272133_001_20201112152337943
SUMBER: SPOTV NEWS

Berikutan itu, Hyun-joong juga telah disaman sebanyak 5 milion won (~RM18,566.19) di atas kesalahan mencederakan bekas kekasihnya. Kes yang dianggap telah selesai itu kembali hangat diperkatakan apabila Choi menfailkan saman ke atas Hyun-joong pada tahun seterusnya.

Saman sebanyak 1.6 bilion won (~RM5,942,144.16) difailkan ke atas pelakon dan penyanyi yang pernah popular itu diatas tuduhan menyiksa bekas kekasihnya dan menyebabkan keguguran. Tambah Choi lagi, Hyun-joong juga telah memaksa beliau untuk ‘menggugurkan’ kandungannya.

033833c3e81740269320fc1e2832a951

Pada tahun yang sama, Hyun-joong turut menfailkan saman ke atas bekas kekasihnya dengan jumlah yang sama atas alasan melanggar perjanjian dan menyebarkan fitnah.

Bayi yang dikatakan telah ‘gugur’ itu selamat dilahirkan pada bulan September 2015 dan dibesarkan oleh Choi. Menurut sumber, Hyun-joong tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya.

Ekoran pemfailan saman ke atas Hyun-joong itu telah merosakkan reputasi beliau dan setelah melalui perbicaraan mahkamah sebanyak dua kali, Hyun-jung disahkan tidak bersalah pada perbicaraan yang ketiga. Kes tersebut dihakimi Hakim Lee Dong-won dan Hakim Mahkamah Agung Roh Tae Ak.

Pendapat Netizen tentang kes Kim Hyun-joong

Lantaran perkhabaran tersebut, rata-rata netizen berasa sedih kerana perkara seperti itu menimpa Kim Hyun-joong. Para netizen juga berharap Kim Hyun-joong akan bangkit dan diterima kembali dalam kalangan peminat K-Pop.

https://twitter.com/KatyKHJS/status/1327210668899131394

Meskipun isu ini sedikit sebanyak telah merosakkan imej Hyun-joong di mata peminat, beliau kini sedang aktif membuat muzik dan juga di dalam bidang lakonan. Menurut sumber media, Bio Rhythm Tour Hyun-joon mendapat sambutan yang baik pada tahun lepas.

Tahukah anda bintang K-pop terkenal IU pernah ditipu agensi sebelum beliau terkenal? Klik pada pautan di bawah untuk membacanya!

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Peminat Kurang Senang Dengan Cara YG Entertaiment ‘Jaga’ Kebajikan Artis K-Pop

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga