Baru-baru ini, Lee Seung-Gi membuat pengumuman bahawa beliau akan kembali ke dalam bidang nyanyian dengan album baharunya yang ketujuh. Sudah hampir 5 tahun idol Korea ini menyepi dari bidang nyanyian sehinggakan ada yang lupa bahawa si tampan ini pernah juga menjadi penyanyi sebelum beliau menjadi pelakon.

Pada 17 Disember 2020 menerusi sidang media yang telah dianjurkan, Seung-gi mengumumkan bahawa album terbaharunya yang berjudul ‘The Project’ bakal dikeluarkan pada bulan Disember 2020.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Untuk makluman, berita tentang penampilan semula pelakon dan penyanyi berbakat ini telah pun diumumkan pada bulan lalu oleh agensi beliau. Antara lagu yang bakal ada dalam album terbaharu Seung-gi adalah ‘I Will’ dan lagu tersebut telahpun dikeluarkan pada minggu lalu.

Menerusi sidang media yang dihoskan oleh Shin Sun-rok itu, Seung-gi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya untuk sokongan yang telah diberikan.

“Oleh kerana ini album pertama saya selepas 5 tahun, banyak kerisauan dari diri saya sendiri yang harus saya tangani ketika menyiapkan album ini,” katanya.

“Terdahulu, ada beberapa lagu yang telah saya buat yang saya rasa bagus dan ada juga lagu yang ingin saya nyanyikan tetapi tajuknya pula tidak kena. Untuk album yang terbaharu ini, saya sudah memilih yang terbaik sahaja,” jelasnya lagi.

Seung-gi menjelaskan bahawa keinginan untuk kembali bernyanyi sudah ada sejak beliau tamat perkhidmatan ketenteraan lagi akan tetapi keadaan beliau pada ketika itu tidak mengizinkan.

Menurut Seung-gi, keyakinkan beliau untuk bernyanyi kembali apabila beliau menyanyikan lagu ‘Forbidden Love’ untuk ‘Master in The House’ yang menerima banyak pujian dari peminat. Menerusi lagu itu, ramai dari peminatnya yang ingin beliau kembali menjadi penyanyi.

“Apabila sudah berumur 30 tahun ini, saya ingin membuat muzik yang saya sendiri rasa puas apabila mendengarnya. Saya berazam untuk menjadi lebih teliti dan serius dalam pembikinan lagu.

“Memandangkan saya juga merupakan seorang pelakon dan selalu tampil dalam variety shows, saya tidak mahu perkara itu menjadi satu token untuk saya kembali ke bidang nyanyian. Saya ingin orang berkata ‘bagus’ apabila mereka mendengar saya menyanyi,” jelas Seung-gi lagi.

Seung-gi akhiri sidang media tersebut dengan mengatakan bahawa beliau akan berusaha dengan lebih baik lagi untuk semua perkara yang dilakukannya. Menurut Seung-gi, walau bagaimanapun, adalah penting untuk beliau menjaga kesihatan dirinya juga.

“Saya tidak akan berhenti menjadi penyanyi, saya akan menyanyikan lagu yang boleh membuat anda tersentuh dan dengan merdu sekali,” katanya.

Tahun ini memang ramai ‘otai’ K-Pop yang membuat comeback. Klik pada pautan di bawah untuk mengetahui idol mana lagi yang telah kembali ke dalam industri!

Siap Sedia VIP, G-Dragon Bakal Kembali Dengan Album Solo

Lebih 3 Tahun Menyepi, Peminat Gembira CNBLUE Bakal Buat ‘Comeback’ 17 November Ini

 

Anda Mungkin Suka