Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan ini, pastinya ada daripada anda yang sudah bosan tidak tahu ingin buat apa. Apa kata anda gunakan waktu ini untuk hias bilik anda.

Perkongsian pengguna Twitter @FiqSaid membuat transformasi bilik tidurnya mendapat perhatian netizen. Anda mungkin dapat ilham hias bilik anda dengan melihat rekaan yang dilakukan beliau.

Anda akan dapat lihat perubahan yang ketara dilakukan oleh beliau. Kita lihat dahulu keadaan bilik beliau sebelum ditransformasi.

EVoVv35UMAAUZTv

EVs_L9CVcAE3NT7

EVsXy9CUYAAj-qJ

EVsW6cUUwAEic0B

EVsWpoAVAAAr5JQ

Kita dapat lihat ruangan bilik tidaklah luas dan limited, tetapi kini beliau berjaya ‘makeover’ bilik beliau tampil kemas dan cantik dengan menggunakan barangan dari IKEA.

Difahamkan, kos beliau ‘makeover’ bilik menelan belanja lebih kurang RM5,000 dan warna putih dipilih untuk keseluruhan bilik. Lihat transformasi bilik beliau yang memanfaatkan setiap ruang yang ada.

EVoVv34UMAAHulK

EVs_L9EUcAA2Oh6

EVsW6c0U8AAtgOd

EVsWpn-U0AAfpDU

EVsXy9BU8AEHNbB

Mungkin disebabkan warna putih dipilih untuk barang dalam bilik membuatkan bilik kelihatan kemas dan teratur. Buat anda yang memiliki bilik kecil dan pening kepala untuk meletakkan meja belajar dan sebagainya, anda mungkin boleh cuba untuk mengubahsuai bilik anda seperti ini.

Menurut beliau, hasil menyimpan duit selama 5 tahun membolehkan beliau membeli barang-barang tersebut dan merealisasikan bilik impiannya. Anda juga boleh menjadikan usaha beliau menyimpan duit sebagai inspirasi untuk anda membeli barangan menghias bilik atau rumah anda.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan ilham kepada anda diluar sana agar dapat makeover bilik impian anda. Manfaatkan masa terluang saat ini dengan mulakan langkah mengubahsuai rumai anda.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari topeng muka, tekan di sini kerana Mr.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian topeng muka. Cepat sebelum terlambat.

Untuk mendapatkan lebih inspirasi mengubahsuai rumah, anda boleh klik pautan di bawah ini.

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

Minat Konsep Scandinavian Dorong Ibu Ini Hias Rumah Gaya Sederhana