Jepun sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang pesat dan maju serta turut menawarkan pengalaman pelancong yang disukai ramai. Faktor negaranya yang mempunyai empat musim sekaligus membolehkan Jepun menawarkan tarikan khas pada setiap musim.

Buat anda yang ingin merasai pengalaman melancong ke negara luar ketika musim sejuk, Jepun adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Berikut adalah tarikan utama jika anda melancong ke Jepun pada musim sejuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Festival Salji Sapporo

internation-ice-and-snow-festival-2015-900×642

Festival salji Sapporo atau dikenali sebagai Yuki Matsuri merupakan tarikan utama jika anda melancong ke Jepun. Festival tersebut selalunya akan disertai beberapa negara untuk menghasilkan karya-karya yang diperbuat daripada ais dan salji. Anda dapat melihat ukiran-ukiran salji yang menakjubkan daripda peserta-peserta yang menyertai.

2. Sukan Musim Sejuk

16893620255_c9a460f9b0_b

Jika anda melancong ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk ke pusat peranginan ski yang terkenal iaitu Hokkaido’s Niseko. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah ski, snowboarding dan banyak lagi. Bukan semua tempat anda berpeluang untuk melakukan aktiviti tersebut.

3. Pemandangan Gunung

mt-fuji-2232246_960_720

Sudah pastinya anda akan disajikan dengan pemandangan Gunung Fuji yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun. Musim sejuk merupakan pilihan yang terbaik untuk melihat keindahan gunung dan mengelilingi tiga bandar yang berhampiran gunung tersebut.

4. Onsen

1-38

Salah satu aktiviti Rakyat Jepun adalah menghangatkan badan dengan mandi di mata air panas untuk menyergarkan badan. Pengalaman mandi air panas di Jepun pastinya membawa pengalaman yang baru buat para pelancong yang merasainya.

5. Shirakawa-go

wkp04

Shirakawa-go adalah sebuah kampung kecil, tradisional di Takayama. Penempatan bersejarah ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Menariknya, rumah-rumah itu mempunyai bumbung yang tinggi dan menonjol dalam gaya gasshō-zukuri.