Memandangkan hari ini merupakan Singles Day, Lazada ternyata tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi hebat. Maksudnya masa untuk anda shopping di Lazada kembali lagi dengan lambakan potongan harga sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena saleLazada pada kali ini. Berikut merupakan 5 telefon pintar yang berbaloi anda dapatkan melalui promosi masa singkat ini.

1. Asus Zenfone Max Pro M1

thumb_IMG_0026_1024

Sekitar pertengahan tahun ini Asus telah melancarkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan spesifikasi yang boleh dikatakan menarik dengan harga mampu milik. Telefon pintar ini disasarkan buat mereka yang kerap mendengar muzik, menonton video atau bermain game dalam tempoh yang lama.

Menariknya, model ini berjaya menyertakan kapasiti bateri bersaiz 5,000mAh di dalam sebuah telefon pintar yang boleh tahan nipis ini. Para pengguna juga pastinya cukup berpuas hati dengan penyertaan lima speaker pada sekeliling model ini. Kami turut mencubanya dan serta bersetuju model ini antara berbaloi untuk dimiliki dengan harga asal RM849. Anda boleh baca review penuh Asus Max Pro M1 disini.

Menerusi promosi Single’s Day Lazada yang berlangsung pada hari ini, model ini kini ditawarkan dengan harga serendah RM699 sahaja. Pada kami ianya harga penawaran yang rendah daripada Asus berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

2. Xiaomi Mi A2

xiaomi-mi-a2-product-4
Sumber: CNET

Berjaya menerusi model Mi A1 pada tahun lalu, Xiaomi pada tahun ini telah melancarkan model kedua daripada siri Android One mereka iaitu Mi A2. Model ini hadir dengan penyertaan processor Snapdragon 625, 4GB RAM serta 64GB ruang storan.

Apa yang membuatkan orang ramai tergilakan akan model ini adalah penggunaan Stock Android. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menerima kemaskini Android dengan lebih pantas. Selain itu, anda tidak lagi diganggu daripada aplikasi-aplikasi yang ditawarkan oleh pihak jenama.

Pada kami model ini sesuai digunakan buat mereka yang mahukan yang terbaik pada telefon pintar Android mereka tanpa mahu berbelanja besar. Penyertaan skrin 5.84-inci ini pastinya puas ditonton ditambah pula dengan bingkainya yang kurang dengan bezel.

Xiaomi Mi A2 sebelum ini mula ditawarkan pada harga RM1,099 manakala pada hari ini harganya cuma serendah RM799 sahaja. Berbaloi bukan? Klik disini untuk mendapatkan Xiaomi Mi A2.

3. Huawei P20

huawei-p20-pro-24-1500×1000

Menyebut tentang siri-P Huawei pasti ramai yang membayangkan gabungan kehebatan Huawei bersama teknologi Leica pada kameranya. Nampaknya kini model P20 juga turut ditawarkan dengan harga diskaun menarik sempena Singles’s Day.

Khusus buat anda gemar mengambil gambar, Huawei P20 antara yang kami cadangkan dengan harga penawaran serendah RM2,276 sahaja. Lebih menarik, para pengguna turut menerima beberapa barangan percuma bernilai RM299. Best bukan?

4. Samsung Galaxy Note 9

thumb_IMG_0032_1024

Kami beralih pula kepada pilihan telefon pintar flagship. Pada kali ini model flagship terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy Note 9 pula telah ditawarkan dengan harga diskaun yang tinggi.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 9 dilengkapi dengan processor Exynos 9810 lapan teras, RAM 6 GB dan 128GB ruang storan. Apa yang membuatkan kami jatuh cinta dengan Note 9 selain kualiti kameranya adalah penawaran warna skrinnya yang pada kami sangat menakjubkan. Sangat sesuai buat anda yang mahukan kepuasan menonton YouTube dan Netflix.

Baru sahaja tiga bulan dilancarkan, model yang mula diperkenalkan dengan tanda harga RM3,699 kini ditawarkan dengan harga RM2,699 sempena jualan 11.11. Menyoal dari prestasi, kualiti kamera, skrin serta ketahanan bateri Samsung Galaxy Note 9 masih lagi antara yang terhebat ketika ini. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya sementara stok masih ada.

5. Apple iPhone X

104707061-RTX3FYCV.1910×1000

Sejak mula diperkenalkan umum tahu mengenai teknologi yang ditawarkan serta harganya yang premium. Meskipun Apple sudah mengumumkan model terbaru, Apple iPhone X masih lagi releven untuk digunakan buat peminat Apple.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih tertarik dengan iPhone X berbanding iPhone XR adalah penggunaan skrin OLED serta kamera dwi-lensanya yang membolehkan para pengguna mendapatkan kualiti imej yang menarik. Dari segi sokongan iOS, iPhone X dijangka akan menyokong sebanyak dua atau tiga iOS yang bakal datang.

Sekiranya sebelum ini model ini ditawarkan pada harga RM5,149 kini iPhone X cuma boleh didapatkan dengan harga RM3,899 sahaja menerusi jualan penghabisan stok daripada Lazada. Berdasarkan tinjauan kami, harga yang ditawarkan kini agak lebih rendah berbanding iPhone X terpakai yang dijual di pasaran.