Setiap kali menjelang Singles’ Day, pasti ada sahaja tawaran dan promosi hebat yang ditawarkan pihak laman pembelian online. Dalam erti kata lain, ini merupakan masa yang terbaik untuk anda mendapatkan barangan atau gadget idaman anda dengan harga yang lebih berbaloi beserta diskaun sehingga 70%.

Bersempena dengan promosi jualan 11.11 pada kali ini, Lazada nampaknya menawarkan promosi yang lebih hebat lagi menerusi promosi CHUP DULU dan GILA Price dimana anda boleh mendapatkan barangan idaman anda dengan harga yang tidak masuk akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, kami tertarik untuk kongsikan kepada anda lima telefon pintar berbaloi untuk anda dapatkan berdasarkan promosi yang ditawarkan Lazada.

1. Xiaomi Redmi 8

Redmi-8-in-hand-showing-homescreen
Sumber: Android Authority

Kami kongsikan kepada anda telefon pintar dengan harga rendah terlebih dahulu diikuti kepada telefon pintar dengan harga yang lebih premium bermula dengan Xiaomi Redmi 8. Umum tahu Xiaomi sememangnya sudah sinonim dengan menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang berbaloi serta mampu milik.

Hadir dengan harga serendah RM599, Xiaomi Redmi 8 dilengkapi dengan processor Snapdragon 439. Dua variasi model yang ditawarkan hadir dengan RAM 3GB dengan ruang storan 32GB manakala model dengan spesifikasi yang lebih tinggi ditawarkan dengan RAM 4GB serta ruang storan 64 GB.

Redmi-8-profile-shot-of-back-1200×675
Sumber: Android Authority

Lebih menarik, meskipun hadir dengan harga yang rendah, Xiaomi berjaya menyertakan model dengan kapasiti bateri dengan saiz 5,000mAh bagi model ini yang pastinya mencukupi untuk kegunaan seharian.

Model yang mula dijual dengan harga RM599 ini kini sudah mula dijual dengan harga serendah RM499 sahaja. Buat anda yang mahu penjimatan berganda anda boleh mendapatkannya pada jualan 11.11 dengan harga RM469 sahaja. Berbaloi bukan? Klik di sini untuk mendapatkan Xioami Redmi 8.

2. Realme 5 Pro

AndroidPIT-Realme-5-Pro-Front-1
Sumber: Android Pit

Sebuah lagi jenama yang semakin meningkat naik ketika ini adalah Realme. Hadir sebagai jenama dibawah Oppo, model keluaran jenama ini seringkali menjadi pilihan pengguna berikutan penawaran spesifikasinya yang berbaloi.

Model yang menjadi pilihan pengguna ketika ini sudah pastinya Realme 5 Pro yang hadir dengan RAM 8GB beserta 128GB ruang storan. Dikuasakan dengan Snapdragon 712 AIE, model ini turut dilengkapi dengan HyperBoost 2.0 yang membolehkan anda bermain game dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

Realme-5-Pro-Review-with-pros-and-cons-india

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, model ini turut memberi penekanan pada bahagian kamera dengan penyertaan empat kamera pada bahagian belakang beserta sensor 48-megapixel. Sokongan VOOC Flash 3.0 pada model ini secara tidak langsung membolehkan anda mengecas dengan pantas untuk mendapatkan pengecasan penuh.

Terbaharu, Realme 5 Pro dilihat lebih berbaloi untuk dimiliki dengan harga promosi RM979 sahaja beserta waranti satu tahun. Melalui pembelian di Lazada anda bakal menerima 12 hadiah percuma. Klik di sini untuk mendapatkan Realme 5 Pro.

3. Xiaomi Mi 9T Pro

androidpit-xiaomi-mi-9t-pro-8
Sumber: Android Pit

Sekiranya anda mahukan telefon pintar yang lebih pantas dengan kuasa pemprosesan yang lebih, Xiaomi Mi 9T Pro adalah jawapannya. Hadir dengan processor Snapdragon 855 dan RAM 6GB berjaya meletakkan model ini sebaris dengan model-model flagship keluaran jenama lain.

Model ini turut dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.39-inci. Lebih hebat, Xiaomi Mi 9T Pro turut dilengkapi dengan tiga kamera belakang beserta sensor 48-megapixel. Penawaran sokongan pengecasan pantas 27W berjaya meletakkan model ini seakan telefon pintar dengan tanda harga yang jauh lebih mahal.

Redmi-k20-pro-review-featured
Sumber: XDA Developer

Sejujurnya sekiranya anda mahukan telefon pintar yang berbaloi berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, Xiaomi Mi 9T Pro pastinya pilihan yang tepat. Anad boleh mendapatkannya di Lazada dengan harga serendah RM1,399 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan Xiaomi Mi 9T Pro.

4. Apple iPhone XR

iphone-xr-review-feat

Mula dilancarkan pada tahun lalu, model ini berjaya menjadi pilihan ramai pengguna iPhone berdasarkan harganya yang boleh dikatakan mampu milik bagi produk Apple.

Pada tahun ini, model ini telah menerima penurunan harga sekali lagi selepas Apple melancarkan seleksi model baru. Walau bagaimanapun, model ini dilihat lebih berbaloi untuk didapatkan menerusi jualan 11.11 Lazada.

Mana tidaknya, Apple iPhone XR yang ditawarkan pada harga RM2,899 bakal ditawarkan dengan harga serendah RM2,499 melalui GILA Price Lazada. Berdasarkan tanda harga yang ditawarkan, kami yakin anda tidak boleh mendapatkannya dengan harga yang sama di tempat yang lain. Klik di sini untuk mendapatkan iPhone XR dengan harga promosi.

5. Huawei P30 Pro

Huawei_P30_Pro_review_11_1024
Sumber: First Post

Sebut mengenai model ini pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Menawarkan spesifikasi yang hebat serta membuatkan ramai yang teruja menerusi kualiti kameranya antara yang menjadi tarikan pada model ini.

Menerusi jualan 11.11 Lazada, Huawei P30 Pro yang sebelum ini ditawarkan dengan harga RM3,799 kini sudah mula ditawarkan dengan harga RM3,199. Meskipun sudah lapan bulan di pasaran, model ini masih lagi releven untuk didapatkan khususnya buat anda yang minat dengan dunia fotografi. Klik di sini untuk dapatkan Huawei P30 Pro.

HONOR Band 5 Sport

Khas buat anda yang sedang mencari sedang mencari sportband yang boleh dijadikan sebagai jam tangan, bersempena dengan 11.11 ini Huawei bakal melancarkan model terbaru mereka iaitu HONOR Band 5 Sport. Anda boleh dapatkannya pada 11.11 ini dengan harga serendah RM79 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan HONOR Band 5 Sport.

Buat anda yang pertama kali ingin membeli-belah di Lazada, anda boleh gunakan kod kupon ‘IA1111‘ untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM11 bagi sebarang produk yang anda ingin dapatkan di Lazada. Kod kupon ini layak digunakan pada 11 November ini sahaja. Apa tunggu lagi? Ayuh serbu Lazada untuk dapatkan barangan yang diingini dengan harga diskaun.

Buat anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Realme 5 Pro atau Huawei P30 Pro, anda boleh klik pautan di bawah untuk ulasan penuh.

Vocket Review: REALME 5 Pro Yang Berbaloi ‘Gila’ Untuk Dibeli

Huawei P30 Pro, Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Pernah Dihasilkan