Jika pada bulan lalu terdapat promosi Single’s Day yang diadakan pada tarikh 11.11, pada bulan Disember ini pelbagai syarikat dan rangkaian sekali lagi mengadakan promosi jualan pada tarikh 12.12.

Bersempena dengan promosi jualan 12.12 pada kali ini, Lazada nampaknya menawarkan promosi yang lebih hebat lagi menerusi promosi CRAZY DEAL dimana anda boleh dapatkan barangan idaman anda dengan harga yang tidak masuk akal.

Pada kali ini, kami tertarik untuk kongsikan kepada anda lima telefon pintar berbaloi untuk anda dapatkan berdasarkan promosi yang ditawarkan Lazada.

1. Realme 5

Realme-5-in-hand-showing-display-and-homescreen-1200×675

Kami mulakan dengan jenama Realme. Pada kami, tidak sah rasanya jika membincangkan soal telefon pintar berbaloi dan tidak menyertakan model-model keluaran Realme yang hadir dengan spesifikasi yang baik berdasarkan harga yang ditawarkan.

Melalui jualan 12.12 Lazada, Realme 5 yang hadir dengan 6.5-inci, processor Snapdragon 665, RAM 3GB dan 32GB ruang storan sedia untuk dimiliki dengan harga RM499 sahaja.

Realme-5-camera-module-1200×675

Nak tahu apa yang lebih best mengenai model mampu milik ini? Realme 5 turut dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000 mAh beserta empat kamera belakang. Dalam erti kata lain, Realme 5 meruapakan sebuah telefon pintar yang berbaloi untuk didapatkan dengan penyertaan spesifikasi yang lengkap serta hadir dengan harga mampu milik. Klik di sini untuk mendapatkannya.

2. Oppo F11 Pro
Screenshot_20190306-174532
Sumber: GadgetstoKnow

Jenama Oppo nampaknya semakin matang dalam mengeluarkan model terbaru mereka. Pada kali ini, model Oppo F11 Pro telah berjaya menjadi antara model terlaris dijual sempena promosi terhad ini.

Mana tidaknya, model ini berjaya menawarkan spesifikasi dan kualiti kamera yang hebat buat para penggunanya. Model ini dilengkapi dengan processor MediaTek Helio P70, 6GB RAM dan 128GB ruang storan.

1562431975_f11_pro_pop_up_camera
Sumber: Neowin

Selain itu, Oppo F11 Pro turut disertakan dengan sensor kamera 48-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 16-megapixel pada bahagian hadapan. Menarik bukan? Oppo F11 Pro yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM1,299 kini ditawarkan dengan harga serendah RM899 sahaja sementara stok masih ada. Klik di sini untuk segera mendapatkannya.

3. Huawei Nova 5T

huawei-nova-5T-Color-Blue

Sebuah lagi model yang berjaya membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya adalah Huawei Nova 5T. Hadir dengan harga mampu milik, model ini berjaya menawarkan telefon pintar dengan lima kamera belakang beserta sokongan AI.

Tidak hanya memfokuskan pada bahagian kamera, model ini turut hadir dengan spesifikasi yang hebat. Penggunaan processor Kirin 980 beserta GPU Turbo 3.0 menjanjikan pengalaman gaming yang sempurna khas buat gamer. Selain itu, para pembeli juga turut disertakan dengan charger SuperCharge 22.5W daripada Huawei.

190701-huawei-nova-5-malaysia-6
Sumber: GizChina

Melalui jualan 12.12, anda berpeluang mendapatkan Huawei Nova 5T dengan harga serendah RM1,249 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan Huawei Nova 5T dengan harga yang rendah.

4. Huawei P30 
huawei-p30-review-6
Sumber: Expertreviews

Hadir sebagai telefon pintar flagship daripada Huawei melalui P-series, model Huawei P30 masih lagi pilihan yang releven sehingga kini.

Hadir dengan spesifikasi RAM 8GB beserta ruang storan 128GB dan ditambah pula dengan keupayaan kameranya yang berpeluang mengambil gambar dengan baik, model ini dilihat pilihan yang berbaloi buat anda yang mahukan telefon pintar dengan kamera terbaik pada harga dibawah RM2,000.

Huawei P30 kini ditawarkan dengan harga serendah RM1,699 sahaja. Oh ya, model ini turut menyokong aplikasi dan servis daripada Google. Dalam erti kata lain, anda boleh terus menggunakan telefon pintar ini tanpa sebarang masalah. Klik di sini untuk dapatkan Huawei P30 dengan harga promosi.

5. Apple iPhone XR

iphone-xr-review-1540288043

Mula dilancarkan pada tahun lalu, model ini berjaya menjadi pilihan ramai pengguna iPhone berdasarkan harganya yang boleh dikatakan mampu milik bagi produk Apple.

Pada tahun ini, model ini telah menerima penurunan harga sekali lagi selepas Apple melancarkan seleksi model baru. Walau bagaimanapun, model ini dilihat lebih berbaloi untuk didapatkan menerusi jualan 12.12 Lazada.

Mana tidaknya, Apple iPhone XR yang ditawarkan pada harga RM2,899 bakal ditawarkan dengan harga serendah RM2,499 melalui GILA Price Lazada. Berdasarkan tanda harga yang ditawarkan, kami yakin anda tidak boleh mendapatkannya dengan harga yang sama di tempat yang lain. Klik di sini untuk mendapatkan iPhone XR dengan harga promosi.

Berdasarkan ura-ura baru-baru ini, Apple iPhone 9 dijangka bakal ditawarkan pada harga mampu milik. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Apple iPhone 9 Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000?

Apple iPhone XR Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM2,499 Sempena Jualan 12.12