Memandangkan hari ini heboh dengan jualan 12.12, Lazada ternyata tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi hebat. Dalam erti kata lain, masa untuk anda shopping di Lazada kembali lagi dengan lambakan potongan harga sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena saleLazada pada kali ini. Berikut merupakan 5 telefon pintar yang berbaloi anda dapatkan dengan harga dibawah RM1,000 melalui promosi masa singkat ini.

1. Asus Zenfone Max Pro M2

Screenshot 2018-12-12 at 9.31.27 AM

Pada minggu ini, Asus telah melancarkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan spesifikasi yang boleh dikatakan menarik dengan harga mampu milik. Telefon pintar ini disasarkan buat mereka yang kerap mendengar muzik, menonton video atau bermain game dalam tempoh yang lama.

Model yang dikeluarkan pada minggu ini merupakan model yang berjaya menarik perhatian ramai pada tahun lalu iaitu Zenfone Max Pro M1. Melalui model terbaru ini Asus telah menyertakan processor Snapdragon 660 dengan RAM 4/6GB. Menariknya, model ini berjaya menyertakan kapasiti bateri bersaiz 5,000mAh di dalam sebuah telefon pintar yang boleh tahan nipis ini.

Menerusi promosi jualan 12.12 Lazada yang berlangsung pada hari ini, model ini kini ditawarkan dengan harga permulaan RM859 sahaja. Pada kami ianya harga penawaran yang rendah daripada Asus berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

2. Xiaomi Mi A2

xiaomi-mi-a2-product-4
Sumber: CNET

Berjaya menerusi model Mi A1 pada tahun lalu, Xiaomi pada tahun ini telah melancarkan model kedua daripada siri Android One mereka iaitu Mi A2. Model ini hadir dengan penyertaan processor Snapdragon 625, 4GB RAM serta 64GB ruang storan.

Apa yang membuatkan orang ramai tergilakan akan model ini adalah penggunaan Stock Android. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menerima kemaskini Android dengan lebih pantas. Selain itu, anda tidak lagi diganggu daripada aplikasi-aplikasi yang ditawarkan oleh pihak jenama.

xiaomi-mi-a2-lite-32gb-rom-3gb-ram-4gb-ram-international-version-sevenmobile-1811-05-SevenMobile@2
Sumber: C76

Pada kami model ini sesuai digunakan buat mereka yang mahukan yang terbaik pada telefon pintar Android mereka tanpa mahu berbelanja besar. Penyertaan skrin 5.84-inci ini pastinya puas ditonton ditambah pula dengan bingkainya yang kurang dengan bezel.

Xiaomi Mi A2 sebelum ini mula ditawarkan pada harga RM1,099 manakala pada hari ini harganya cuma serendah RM799 sahaja. Berbaloi bukan? Klik disini untuk mendapatkan Xiaomi Mi A2.

3. Huawei Nova 3i

Huawei pernah mencetus fenomena melalui model Huawei Nova 2i dengan penawaran dwi-kamera pada telefon pintar kelas pertengahan. Melalui model ini, Huawei nampaknya telah memperkemaskan lagi siri model ini dengan penawaran saiz skrin yang lebih besar serta kamera yang lebih mantap.

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova 3i dilengkapkan dengan processor Kirin 710 serta RAM 4GB. Ruang storan sehingga 128GB juga bakal membuatkan anda tidak lagi perlu risau untuk mengambil gambar dan video sebanyak yang mungkin.

Huaweinova311608181120by640

Menariknya melalui model ini, bersesuaian dengan rekannya badannya yang agak fancy dengan penyertaan warna twilight, Huawei Nova 3i turut dilengkapkan dengan kamera hadapan 24-megapixel yang membolehkan anda mendapatkan gambar selfie yang terbaik. Kamera belakang Nova 3i pula disertakan dengan dwi-kamera sensor 16-megapixel.

Oh ya, anda juga turut berpeluang unlock Nova 3i dengan menggunakan sistem pengecaman wajah. Agak futuristik dan menarik bukan bagi telefon pintar dibawah paras RM1,000?. Anda boleh klik disini untuk mendapatkan Huawei Nova 3i dengan harga serendah RM989 sahaja. Terdapat dua pilihan warna yang boleh didapatkan iaitu twilight serta hitam.

4. Realme 2 Pro

Realme-2-Pro

Jenama Realme berjaya mengejutkan ramai apabila berjaya menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang boleh dikatakan agak menarik dengan harga mampu milik.

Rekaannya yang seakaan telefon pintar flagship serta spesifikasinya yang memukau antara yang membukan model ini menjadi pilihan ramai. Dengan saiz skrin 6.3-inci Full HD, Realme 2 Pro turut dikuasakan dengan processor Snapdragon 660.

Apa yang membuatkan orang ramai teruja mengenai model ini adalah spesifikasi yang ditawarkan dengan penawaran RAM 8GB beserta 128 GB ruang storan. Nak tahu apa lebih best? Model ini boleh didapati dengan promosi bersempena jualan 12.12 ini dengan harga dibawah paras RM1,000.

Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro. Sebelum itu, jom tonton review Ajam daripada VOCKET untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang best mengenai Realme 2 Pro.

5. Huawei Y9 2019

IMG_20181019_111106

Huawei nampaknya semakin rancak dalam memperkenalkan telefon pintar yang menepati citarasa pengguna. Pada kali ini, Huawei baru-baru ini telah melancarkan sebuah telefon pintar khas buat mereka yang mahukan saiz skrin yang besar dengan penawaran skrin 6.5-inci.

Sama seperti Huawei Nova 3i, model ini turut menggunakan processor yang sama iaitu Kirin 710. RAM dan ruang storan yang disertakan pula adalah 4GB dan 64GB. Berdasarkan saiz skrinnya yang besar, model ini turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Dari segi kamera, Huawei turut menekankan soal AI dimana keempat-empat kamera daripada model ini dilengkapkan dengan teknologi AI. Kamera hadapan Y9 2019 disertakan dengan sensor 16-megapixel manakala kamera belakang dengan sensor 13-megapixel.

Screenshot 2018-12-12 at 4.38.05 PM

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar terbaik beserta saiz skrin yang besar untuk kepuasan berganda, Huawei Y9 2019 adalah jawapannya. Anda boleh klik disini untuk mendapatkan Huawei Y9 2019 beserta barangan free gift menarik. Oh ya, pembelian juga boleh dibuat secara ansuran sehingga enam bulan.