Sejak akhir 2015, Sony nampaknya kurang mengeluarkan telefon pintar dan lebih banyak memfokuskan kepada telefon pintar flagship dan telefon pintar dengan spesifikasi yang khusus.

Pada MWC 2016 di Barcelona pada bulan lepas Sony mengumumkan 3 telefon pintar serentak iaitu Sony Xperia X, Sony Xperia XA dan Sony Xperia X Performance.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Xperia-X-MWC-2-AH-1

Dikhabarkan Sony akan memberhentikan siri Xperia Z dan akan diteruskan dengan kelahiran semula Xperia X. Ya, saya lebih selesa untuk mengatakan siri Xperia X adalah sebuah kelahiran semula disebabkan Sony pernah mempromosikan siri ini sekitar tahun 2009.

Sony Ericsson Xperia X1 dan Sony Xperia Ericsson X2 yang mempunyai ciri-ciri keyboard QWERTY ini pernah dipopularkan Sony dan menjalankan sistem operasi Windows Mobile.

Sony Ericsson-Xperia-X1-902

Sony Xperia X, XA dan X Performance

3 telefon pintar ini merupakan telefon pintar yang diumumkan Sony setakat ini. Apa yang menarik tentang 3 telefon pintar ini adalah telefon pintar ini merupakan telefon pintar pertama dibawah siri jenama Sony Xperia X.

3612990_Sony_Xperia_X_tinhte_3Dari segi fizikal boleh dikatakan ketiga-tiga telefon pintar ini mempunyai saiz dimensi yang sama dan menampilkan skrin HD yang bersaiz 5 inci. Ketiga-tiga telefon pintar Sony ini menjalankan sistem operasi Android terbaru iaitu Android Marshmallow 6.0.1.

Berikut merupakan perbezaan yang ada pada ketiga-tiga telefon pintar Sony ini:

Sony Xperia X menampilkan skrin IPS LCD 5 inci HD penuh serta cip pemprosesan Snapdragon 650 dan RAM 3GB. Model ini merupakan model utama untuk siri Sony Xperia X.

Kamera yang ada pada Sony Xperia X boleh dikatakan agak baik iaitu kamera 23 megapixel f/2.0 serta ditambah dengan fungsi terbaru daripada Sony Alpha.

Sony nampaknya masih memfokuskan kepada telefon pintar yang punyai spesifikasi pertengahan dengan melancarkan Sony Xperia XA.

Apa yang membezakan Sony Xperia XA dengan Sony Xperia X adalah Xperia XA menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio P10 serta RAM 2 GB.

Kamera yang digunakan pada Sony Xperia XA juga agak rendah berbanding Sony Xperia X iaitu kamera belakang 13 megapixel. Boleh dikatakan spesifikasi yang ditawarkan pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini sudah cukup memuaskan untuk penggunaan harian.

Sony Xperia X Performance merupakan telefon pintar flagship terbaru dari Sony. Xperia X Perfomance merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang paling terbaik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga telefon pintar.

Skrin yang digunakan pada Xperia X Performance adalah IPS LCD 5 inci HD penuh. Dari segi pretasi Xperia X Performance menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 serta RAM 3GB. Apa yang menarik tentang telefon pintar flagship terbaru Sony ini adalah kelajuannya lebih baik daripada Sony Z5 Premium.

Sony Xperia Z5: Telefon pintar terakhir keluaran siri Xperia Z

sony_xperia_z5_screenshot_1

Sony Xperia Z5 merupakan antara telefon terakhir keluaran Sony untuk siri Xperia Z.

Sony Xperia Z5 merupakan model tahun lepas tetapi mempunyai ciri yang masih releven dan hebat. Xperia Z5 meggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 8 teras serta RAM 3GB dan menjalan Android 6.0 Marshmallow.

Kamera 23 megapixel dibantu oleh cip Exmor RS bagi membantu memfokuskan imej supaya lebih jelas antara ciri-ciri yang ada Sony Xperia Z5.

Anda boleh dapatkan Sony Xperia Z5 di sini

Sony Xperia Z5 Premium: Telefon pintar pertama dunia dengan paparan 4k

Sony_Xperia_Z5_premium_review_08

Sony Xperia Z5 Premium merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai paparan skrin 4k. Maksudnya, telefon pintar ini mempunyai bilangan pixel yang banyak untuk mendapatkan gambar yang terang dan jelas. Skrin yang digunakan juga boleh dikatakan lebih canggih berbanding majoriti TV, laptop dan telefon pintar kita semua.

Dari segi spesifikasi, Xperia Z5 Premium dikuasakan oleh Snapdragon 810 dan RAM 3GB untuk memastikan semua aplikasi dapat berjalan dengan lancar. Memandangkan boleh banyak aplikasi yang menyokong paparan 4k, Xperia Z5 akan suaikan diri dengan paparan HD penuh setakat ini.

Xperia Z5 Premium juga hadir dengan kamera yang boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia dengan kamera belakang 23 megapixel serta sokongan autofocus yang cepat.

Beberapa ciri yang mungkin buatkan telefon pintar ini lebih eksklusif adalah sokongan pengimbas cap jari dan sokongan waterproof

Jika anda seorang yang mahukan sukakan telefon pintar yang mempunyai skrin yang jelas dan terang, telefon pintar ini mungkin untuk anda.

Anda boleh dapatkan Sony Xperia Z5 Premium di sini