Musim cuti sekolah sudah makin menghampiri. Pastinya anda sebagai ibu bapa pening memikirkan destinasi percutian untuk membawa anak-anak anda.

Sudahlah pening dengan destinasi percutian, risau juga jika cuti tahunan tidak diluluskan. Kali ini kami akan bawakan anda 5 pilihan tempat menarik yang anda boleh bawa anak-anak anda berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

1. Aquaria KLCC

aquariaklcc

Sumber: TukTukDude

Aquaria KLCC akan memberikan keseronokan kepada anak-anak anda dengan dapat melihat hidupan laut secara lebih dekat. Aquaria KLCC ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Harga tiket masuk adalah RM50 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.

2. Taman Burung Kuala Lumpur

kl-bird-park2-

Sumber: Jom Jalan

Taman Burung Kuala Lumpur akan memberikan anak-anak anda peluang melihat lebih 3,000 burung dalam habitat semulajadi mereka. Bukan sahaja dapat melihat, tetapi dapat juga berinteraksi dengan burung-burung seperti memberi makan. Taman Burung Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket masuk adalah RM25 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

3. Kidzania Kuala Lumpur

kidzania

Sumber: Travelog

Anak-anak anda dapat berhibur dan merasai pengalaman menjadi bomba, doktor dan pelbagai lagi pekerjaan di dunia ini. Kidzania Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Harga tiket masuk adalah RM50 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 17 tahun.

4. Upside Down House

klupsidedownhouse3-1214×809@2x

Sumber: GoTicket

Upside Down House dapat memberikan keseronokan kepada anda dan anak-anak anda. Pastinya anda yang suka bergambar akan menyukai tempat ini. Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Harga tiket masuk adalah RM19 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak.

5. Sunway Lagoon

Slime-Time

Sumber: Sunway Lagoon

Pastinya Sunway Lagoon dapat memberikan anda dan anak-anak berhibur dengan bermain air dan pelbagai tarikan lain seperti rumah hantu, roller coaster dan banyak lagi. Sunway Lagoon dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang . Harga tiket masuk adalah RM138 untuk dewasa dan RM113 untuk kanak-kanak.

Siapa kata untuk berhibur perlu ke tempat yang jauh? Terdapat juga tempat yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Kuala Lumpur ini. Pastinya anda mampu untuk berhibur dan jimat masa.

Untuk lebih penjimatan, anda boleh membeli tiket dengan menggunakan Klook dan anda berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 60%. Jika anda belum mendaftar aplikasi Klook, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini RGC8G2 untuk mendapatkan kredit sebanyak RM15. Pastinya anda mampu tersenyum ketika membeli tiket dan mampu membawa anak-anak anda berhibur ke pelbagai tempat menarik seperti dinyatakan di atas.

Anda Mungkin Suka