Setelah penat bekerja, perut lapar, dan “kringgg!” masa makan tengahari pun dah tiba. Mahu makan di kafe pejabat sudah muak, jadi caranya adalah dengan keluar makan di tempat-tempat yang menarik. Mahu makan di mana ye? Mari, kami tunjukkan anda 7 tempat menarik dengan harga bawah RM15.

1. Kedai Sebelah, RM8.50

Pada RM8.50, tempat ini bukan tempat makan tengahari biasa. Dengan rekaan cafe yang funky mereka menawarkan set makan tengahari yang biasanya melibatkan satu menu utama (menu tempatan seperti nasi, rendang dan lontong), air sirap dan pencuci mulut. Menu makanan berubah setiap hari, jadi anda akan makan makanan berbeza setiap kali singgah di sini. Jangan terperanjat, berikut adalah contoh set yang ditawarkan pada harga hanya RM8.50!

Set di atas mempunyai nasi hujan panas , ayam masak kurma , acar rampai , kek lobak dan sirap pandan berais.

Alamat: D-G-02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Instagram: Kedai Sebelah

2. Fat Spoon Cafe, dari RM12

Fat Spoon Cafe kaya dengan menu moden fusion, nyonya dan menu tradisi tempatan. Terdapat pelbagai set makanan tengahari di sini, iaitu dari nasi goreng sambal dengan ayam kari sehinggalah pasta capellini (angel hair) ulam. Anda boleh memilih sama ada mahukan air selasih pandan berais atau coke, dan pencuci mulut aiskrim vanilla ataupun puding sagu.

Makanan di atas diberi nama Sup Nasi ABC dan Nasi Goreng Ulam.

Alamat: 73, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Facebook: Fat Spoon Cafe

3. Tappers, dari RM10.90

Tappers sudah berada di pasaran Malaysia buat beberapa tahun, tapi tahukah anda mereka juga menawarkan set makan tengahari? Ye, sebanyak 16 set makanan tengahari! Set ini didatangkan dengan makanan utama dan minuman seperti limau madu, teh limau, jus limau atau goo leng ping. Set yang paling murah ialah nasi gulai ayam dan nasi ayam merah! Makanan ini hanya ditawarkan dari 11 pagi sehingga 2.30 petang.

Lokasi: Jaya One, Cap Square, Bangsar South, Setiawalk, Setia Alam, Setapak and Cyberjaya
Laman Web: Tappers

4. The Gravy Factory, dari RM13.90

Sekiranya anda menggemari Hainanese Chicken Chops, inilah tempatnya kerana mereka adalah pakar di dalam makanan hainanese western. Malah jika anda bekerja di Damansara Perdana, anda patut mencuba tempat ini. Pada harga bermula RM13.90, semua set makan tengahari dihidangkan dengan teh ‘o’ ais limau dan pencuci mulut! Ini adalah contoh makanan yang ditawarkan:


(Kredit gambar: CikLilyPutih.com)

Lokasi: Empire Damansara
Facebook: The Gravy Factory

5. CoffeeSociete, RM10

Sekiranya anda adalah peminat kopi tegar, dan tidak dapat makan tengahari tanpa kopi, anda patut mencuba set tengahari Coffee Societe. Pada harga RM10, anda akan mendapat satu set utama dan secawan kopi pilihan anda. Tidak kira sama ada cappucino ais atau espresso, anda bebas memilihnya. Hebat, kan? Mereka juga menawarkan nasi seperti di bawah, coolkan?

Alamat: Publika, Block D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Facebook: CoffeeSociete

Sumber: FemaleMag

Like page The Vocket di Facebook