Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Buat anda yang suka ‘food hunting’ mestilah tidak akan melepaskan peluang mencuba pelbagai restoran atau kedai baru walau dimana pun ia berada. Malah, pasti anda sanggup beratur semata-mata untuk mencuba makanan terkenal di sesuatu tempat itu.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @mohdiirfan telah berkongsi beberapa kedai makan yang anda boleh cuba jika berkunjung ke Sungai Petani, Kedah. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai.

Bagi anda yang tidak tahu mahu makan apa apabila berkunjung ke Sungai Petani, jom baca perkongsian ini sampai habis. Menerusi perkongsiannya, terdapat 5 tempat makan yang boleh anda cuba. Jom!

1. Rumah Sarapan

Memang kena dengan nama kedainya iaitu Rumah Sarapan, terdapat pelbagai jenis hidangan untuk sarapan boleh didapati di sini. Makanan yang telah kami cuba iaitu lontong, mee kari, roti sambal dan roti kukus kaya memang sedap.

2. Restoran TOP D’Gurun

Range harga untuk sotong buncit jahat antara 30 hingga 60 ringgit seekor bergantung pada saiz. Sotong dia terbaik tetapi sambal rasa seperti sambal nasi lemak. Malah, terdapat pelbagai pilihan lauk pauk di sini untuk anda cuba.

3. Tepi. Coffee

Kurang pandai ‘review’ kopi sebab bukan pencinta kopi tetapi rasanya sedap untuk tekak sendiri. Bagi pencinta kopi kenalah singgah untuk rasai sendiri. Paling utama, kedai kopi ini sangat instagrammable.

4. Sloppy Burgwich

Harga premium sikit tapi rasa dia memang ‘mexican style’. Anda perlu cuba tacos trio sebab dapat 3 perisa ayam, daging dan kambing. Perisa dagingnya sama seperti di Beard Brothers tapi hadir dalam bentuk tacos.

5. Usop Mee Udang Pulau Sayak

Kalau waze area Pulau Sayak memang berderet kedai mee udang tapi tidak pasti yang mana satu betul sedap. Di sini, view sunset cantik dan kanak-kanak boleh bermain di tepi pantai tetapi sedikit sesak sebab ramai orang.

Tunggu apa lagi? Anda yang berada berdekatan Sungai Petani bolehlah singgah dan semoga senarai kedai ini bermanfaat untuk anda di luar sana.

Sementara itu, kami senaraikan beberapa tempat makan yang perlu anda cuba pada pautan di bawah ini.

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

Anda Mungkin Suka