Bagi anda yang duduk berdekatan di Kota Damansara pasti sering mengalami masalah tidak tahu mahu makan apa. Pasti ada diantara anda juga yang tidak habis lagi menerokai kedai-kedai makan yang berada di sana.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @mimieyuzi telah berkongsi beberapa tempat makan yang murah dan sedap di Kota Damansara. Baca perkongsian beliau di bawah:

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

1) The Food Boss

Kedai yang terletak di sebelah The Soru ini menawarkan anda makanan yang sedap dan murah. Terdapat makanan local dan juga western di sini. Paling penting harga sangat murah dan berpatutan.

2) H.H. Mee, Giant Kota Damansara

EEGaS97U0AEAx3J

Bagi siapa yang suka makan masakan Cina, inilah tempat yang patut anda pergi. Memang terbaik mee tarik dia. Malah, harga makanan hanya bermula RM8.50 dan anda dapat free flow air. Best kan?

3) Restoran Chili Crab

EEGkAZbUYAAtKoY

Buat anda yang gemar makan makanan seafood, sinilah tempat makan yang anda harus pergi. Chili crab dan butter chicken di sini memang terangkat dan padu. Bagi anda yang tidak tahu dimana lokasi restoran ini, ia terletak berhampiran Sunway Giza.

EEGkAZaVUAAEYfo

4) The Soru

View this post on Instagram

Food hunting 😊❤️

A post shared by Nur Syamimi Binti M.Yuzi (@mimieyuzi) on

Sebut sahaja The Soru mesti ramai yang tahu bahawa kedai ini hadir dengan menu western. Bukan sahaja berpatutan tetapi makanan dia memang sedap. Kalau datang bersama family atau kawan-kawan, trylah ‘the platter’. Memang berbaloi.

5) gbh bundle cafe, Jalan Kenyalang

EEGpORkVAAET0G3

Boleh dikatakan kedai ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah. Kedai ini walaupun kecil tapi makanan dia sedap dan berbaloi. Terdapat pelbagai pilihan daripada western sehinggalah ke menu tempatan.

EEGpORvU0AAgJng

Adakah ada daripada list ini yang anda belum lagi mencuba? Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang berada di sekitar Kota Damansara untuk membuat keputusan mahu makan di mana.

Tidak cukup dengan list-list yang dinyatakan? Di bawah kami listkan beberapa tempat makan lain yang anda boleh cuba.

5 Tempat Makan Dengan Set Tengahari Bawah RM15 Sekitar Kuala Lumpur

6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

7 Tempat Makan Malam Dengan Pemandangan Menarik Hanya Di Lembah Klang

Anda Mungkin Suka