Sebut sahaja Da Lat, pasti anda sudah terbayang keindahan bunga-bungaan, kehijauan bukit dan banyak lagi yang menjadi destinasi pilihan orang ramai.

Bagi anda yang tidak tahu, Da Lat yang terletak di selatan Vietnam ini dikenali sebagai The City of Eternal Spring dan sesuai dengan namanya anda dapat melihat keindahan bunga yang mekar di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak tahu tempat menarik yang ada jika melancong ke Da Lat? Jangan risau, kami senaraikan 5 tempat menarik dan awesome yang anda boleh kunjungi.

1. Da Lat Flowers Garden

flower_1
Sumber: Da Lat Tour

Bagi anda yang gemar melihat keindahan bunga, di sinilah tepat yang sesuai. Terdapat lebih daripada 300 jenis bunga di Dalat Flower Gardens. Antara tanaman bunga yang terkenal ialah kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, mimosa, dan hidrangea. Pasti banyak gambar yang anda boleh ambil untuk dikongsikan pada rakan media sosial anda.

2. Ho Than Tho

duck boat reflect on lake
Sumber: Vietnam Travel

Ho Than Tho atau dikenali sebagai Lake of Sights, merupakan tasik semulajadi yang merupakan destinasi terkenal. Bukan sahaja cantik, tetapi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama pasangan kerana dapat melakukan aktiviti seperti berkayak, menaiki kereta kuda dan banyak lagi.

3. Datanla Waterfalls

DatanlaWaterfallCanyoneering
Sumber: Google

Air Terjun Datanla merupakan antara air terjun yang terkenal di Dalat. Anda akan dihadiahkan dengan keindahan air terjun yang cukup menakjubkan dan anda juga boleh mencuba rollercoaster mini di sini.

4. Crazy House

crazy-house-dalat-vietnam
Sumber: Rakesh Kesha

Hang Nga Guest House dan Galeri Seni ini dikenali sebagai Crazy House kerana rekaannya seperti sebatang pokok. Malah, rekaannya yang unik dan bilik-biliknya yang hadir dengan pelbagai tema menjadi tarikan utama mereka yang gemar bergambar. Walaupun anda tidak menginap di sini, tetapi anda boleh bergambar di sini.

5. Dalat Market

dalat-night-market-1-1024×768
Sumber: First Travel

Tidak lengkap jika pergi melancong tidak membeli-belah. Dalat Market merupakan tempat membeli-belah yang terkenal di sini kerana anda boleh mencuba pelbagai makanan tempatan yang murah pada waktu siang dan membeli cenderamata pada waktu malam.

Jika anda tercari-cari destinasi pelancongan, anda boleh datang melancong ke Da Lat dan nikmati pemandangan yang indah di sini. Malah, tidak lama lagi AirAsia akan membuka laluan terus ke Da Lat.

Jika sudah jumpa destinasi yang ingin dituju, pasti anda runsing untuk menempah hotel. Baca tip dan trik untuk menempah hotel dengan murah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo

Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk ‘Renew’ Pasport Secara Atas Talian