Menyebut tentang Hua Hin, mungkin ramai daripada anda yang kurang kenal atau familiar mengenai tempat ini. Tempatnya yang kurang popular dikalangan pelancong berbanding Phuket dan Krabi ternyata berjaya menyimpan hidden gem khususnya buat anda yang sedang mencari tempat yang tenang, indah serta bebas dari kesibukan kota.

Secara amnya, Hua Hin berjaya menawarkan pelbagai aktiviti serta dikhususkan buat pelbagai lapisan umur untuk melawatinya. Sama ada anda ingin berbulan madu, bercuti bersama keluarga atau mungkin menjalankan aktiviti ekstrim semuanya boleh dilakukan di Hua Hin.

Untuk memberi pendedahan lanjut tempat-tempat menarik yang wajar dijadikan wishlist anda apabila berkunjung ke Hua Hin, kami akan berkongsi kepada lima tempat yang menjadi destinasi pengunjung apabila ke negeri ini.

1. Santorini Park

Sumber: myfunfoodiary

Terletak di Selatan Thailand tidak menghalang daerah ini dalam menawarkan pengalaman seakan berada di Eropah. Antara destinasi yang popular apabila menyebut tentang Hua Hin sudah pastinya Santorini Park.

Memasuki Santorini Park anda dapat merasakan seolah berada di dunia yang berbeza serta jauh dari Thailand. Rekaannya bangunannya serta gaya persembahannya bakal membuatkan anda berasa seakan berada di Santorini, Greece.

Santorini-Park

Terdapat dua perkara yang boleh anda lakukan apabila berada di Santorini Park. Pertamanya Santorini Park ini berjaya menawarkan seleksi pilihan butik jernama terkenal melibatkan Nike, adidas dan Vans.

Pelan shopping anda pastinya akan lebih lama berikutan keindahan rekaan bangunannya yang sangat instagrammable. Oh ya, harga barangan yang dijual juga sangat berpatutan serta ditawarkan dengan sale sehingga 70%.

Selain itu, Santorini Park turut menawarkan merry-go-round yang ikonik bagi taman tema ini serta taman tema air yang pastinya membuatkan anda puas berkunjung ke tempat yang menawarkan pelbagai hiburan buat seisi keluarga.

2. Hua Hin Beach

23-Baba-Beach-Club-HuaHin-Cha-Am-Best-Luxury-Beach-resort-Hotel-1500×780

Hua Hin Beach merupakan sebuah lagi tempat yang popular di daerah ini. Pemandangan sekitar yang memukau ditambah pula langit yang membiru antara yang membuatkan tempat ini wajib dilawati apabila berkunjung ke Hua Hin.

Buat anda yang meminati aktiviti lasak, berkunjung ke Hua Hin pastinya menjadi destinasi pilihan anda berikutan penawaran aktiviti yang pelbagai.

33194656_10156328968641171_5534063552714768384_n

Pemandangan dari puncak Phraya Nakhon Cave

Phraya_Nakhon_Cave

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan sekitar Hua Hin Beach adalah berkunjung ke Phraya Nakhon Cave untuk aktiviti hiking. Kami yakin anda tidak pernah bosan dengan keindahan alam sepanjang menyelusuri ke gua ini sehingga bertemu ke destinasi terakhir.

Tidak hanya menawarkan aktiviti buat peminat sukan lasak, Hua Hin Beach turut menjadi destinasi terkenal buat peminat muzik jazz dimana Hua Hin pada setiap tahun bakal menganjurkan Hua Hin Jazz Festival.

Hua-Hin-Jazz-Festival

thumb_IMG_0083_1024

Acara yang berlangsung pada pertengahan tahun ini turut menawarkan seleksi pemuzik Jazz dari seluruh dunia melibatkan Austria dan Jerman. Suasananya yang meriah beserta orang ramai yang datang dari serata dunia untuk berhibur di Hua Hin Jazz Festival sememangnya sangat awesome.

3. Hua Hin Train Station

thumb_IMG_0078_1024

Sebuah lagi tempat yang ikonik bagi Hua Hin adalah stesen kereta api yang terletak tidak jauh daripada pekan Hua Hin. Laluannya yang tidak sibuk sekaligus membolehkan pengunjung bergambar di rel kereta api dengan selamat.

Menariknya, stesen kereta api ini masih lagi mengekalkan rekaan klasik pada stesen-stesennya. Kereta api yang sudah lama tidak digunakan juga turut diletakkan di stesen kereta api ini untuk tujuan bergambar. Buat kaki Instagram, ini adalah destinasi wajib dikunjungi apabila berada di Hua Hin.

33113936_10156328968976171_1118653231862382592_n

thumb_IMG_0079_1024

Sedikit info tambahan anda, kereta api ini bakal menghubungkan pengunjung dari Hat Yai ke Bangkok yang sekaligus singgah di Hua Hin.

4. Monsoon Valley Vineyard

IMG_0060

Terletak 36km dari Hua Hin, vineyard atau ladang anggur ini merupakan sebuah lagi destinasi yang perlu anda lawati. Berjaya memenangi anugerah berikutan ladangnya yang subur dan luas beserta pemandangan indah sekaligus menambahkan lagi sebab untuk anda ke Moonsoon Valley Vineyard.

Penawaran beberapa aktiviti melibatkan melawat ladang anggur, memahami proses membuat arak serta penawaran makanan berasaskan anggur antara yang membuatkan ladang ini unik.

IMG_0059

Bas khas buat pengunjung melawat ladang anggur

Oh ya, suasananya yang sedikit sejuk dan nyaman bakal membuatkan para pengunjung selesa untuk ke sini. Tidak dilupakan juga persekitaran sekitar yang sangat awesome dan ladang yang terbentang luas.

5. Cicada & Tamarind Market

IMG_6518

Penat berjalan seharian atau menjalankan aktiviti lasak, waktu malam anda pastinya lebih rancak dengan melawat ke Cicada & Tamarind Market. Terletak bersebelahan diantara satu sama lain, kedua-dua market ini menawarkan pelbagai barangan melibatkan makanan, cenderamata serta pakaian.

Antara perkara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya medan seleranya yang menawarkan pelbagai aneka pilihan makanan buat para pengunjung.

IMG_6531

IMG_0061

Kupon yang boleh didapatkan di booth berdekatan

Untuk membuatkannya lebih unik dan sistematik, para pengunjung perlu mendapatkan kupon di booth berdekatan untuk mendapatkan makanan dan minuman yang diingini. Serius cool!

Penginapan

103577513 (1)

Dari segi penginapan, Hua Hin berjaya menawarkan seleksi pilihan penginapan bermula daripada harga budget sehingga kepada resort dan hotel bertaraf lima bintang. Buat anda yang mahukan ketenangan serta bebas daripada bunyi hiruk pikuk kota, menginap di Avani Resort Hua Hin antara yang kami cadangkan.

Penawaran fasiliti yang pelbagai ditambah pula dengan suasana sekitar yang ceria pastinya membuatkan percutian anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan menjadi lebih meriah.

AVANI Resort Hua Hin

Buat anda yang hotel dengan gaya persembahan klasik dan premium, Anantara Hua Hin Resort & Spa mungkin menjadi pilihan anda. Kawasan sekitarnya yang menyegarkan dan menenangkan antara yang membuatkan resort ini menjadi pilihan ramai pelancong luar untuk menginap di resort ini. Anda juga perlu mencubanya.

Dari segi makanan, anda tidak lagi perlu risau kerana kedua-dua resort ini berjaya menawarkan selesksi makanan bermula daripada selera Thai sehinggalah kepada makanan Perancis. Semuanya ditawarkan dibawah satu rangkaian resort yang sama. Best bukan?

115995336

Anantara_Hua_Hin_Anantara_Sea_View_Suite_984X532

33167023_10156328969186171_3952081712954998784_n

Pemandangan luar Anantara Hua Hin Resort & Spa

Oh ya, nak tahu apa yang lebih best? Kedua-duanya resort ini cuma lima minit daripada bandar besar Hua Hin.

Sekiranya sebelum ini melawat ke Hua Hin memerlukan anda menaiki kereta api atau menempuh perjalanan jauh menggunakan kereta dari Bangkok kini tidak lagi. Bermula awal Mei, AirAsia kini menawarkan penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Hua Hin empat kali seminggu.

1424344585-post163800-o

Nak tahu apa yang lebih menarik, anda berpeluang mendapatkan tiket penerbangan ke destinasi terbaru AirAsia ini dengan harga berbaloi serendah RM78 sahaja sehala. Anda boleh mula menempah bermula 11 Jun sehingga 18 Jun ini untuk menikmati promosi terhad ini manakala tempoh perjalanan pula bermula 11 Jun sehingga 26 Oktober 2018.

Jangan lupa ajak rakan-rakan serta keluarga anda untuk lebih keriangan di Hua Hin, Thailand. Kami yakin anda pasti tidak jemu dengan pengalaman yang diperoleh setiap kali berkunjung ke negara ini.

Untuk tidak melepaskan promosi terbaru daripada AirAsia, adalah lebih baik untuk memuat turun aplikasi AirAsia yang tersedia buat iOS dan Android.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤