Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Malik Yacob, seorang Juruanalisa Geoinformasi yang juga merupakan seorang pelabur hartanah. Nota ini diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau.

Malam tadi, saya dan rakan kongsi, Najmin Yacob berjaya siapkan 1 rumah beralas tikar getah sebelum menerima penyewa dari syurga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah bersaiz lebih kurang 700 kaki persegi, 3 bilik tidur hanya memerlukan segulung tikar getah 27.5 meter yang hanya bernilai RM170. Siap ada lebih lagi!

Ini tipnya:

1) Jenis tikar getah

Sebelum membeli, sekurang-kurangnya anda tahu apa jenis-jenis yang ada. Ada beberapa jenis asas tikar getah. Jenis nipis, jenis sederhana tebal dan jenis tebal. Nak lagi best ada tikar getah berspan. Lembut semasa memijak. Lagi tebal tikar getah, lagi berat. Mungkin kena angkut 2 orang sebab terlalu berat. Jadi pilih yang sesuai ikut pilihan anda. Bayangkan rumah tingkat 5, tanpa lif,walk-up naik tangga, jenuh nak angkut tikar getah je. Untuk rumah ini, saya pilih jenis yang nipis sahaja.

2) Beli segulung – lebih berbaloi.

Asalnya tikar getah ini dijual RM8.50 semeter. Lepas tawar menawar, saya dapat harga RM170 utk segulung tikar. Jadi bersamaan RM170/27.5m = RM 6.18/m. Murah, kan? Kalau beli ikut meter, lebihan tikar tu tuan kedai susah nak jual semula. Jadi kita bantu dia, dia pun suka. Win-Win.

3) Beli tikar getah yang bercorak jalur/garisanĀ 

Contohnya corak papan, corak parkir atau yang bergaris. Untuk rumah ini saya beli corak papan. Ada sebab kenapa saya pilih corak ini. Ini memudahkan saya semasa fasa pemotongan nanti. Ikut je garisan. Lagi satu saya pilih corak papan, sebab sejuk mata penyewa memandang.

4) Alatan yang diperlukan

Pisau, gunting, pembaris besi dan pita ukur. Saya perlukan pembaris besi semasa touch up tikar getah ni. Sudut-sudut tepi dinding, tepi pintu saya potong gunakan pisau blade dan pembaris besi. InshaAllah membantu. Pita ukur pula untuk dapatkan lebar bilik. Jadi lebih mudah masa potong tikar. Pastikan tahu teknik guna pita ukur, takut salah ukur pula.

5) Minuman sejuk dan makanan alas perut

Penat pasang tikar getah, anda bolehlah berehat dengan minum dan makan-makan. Letih sebenarnya pasang tikar getah. Tambah pula gulungan tikar getah ni ‘terbalik’. Jadi perlukan fokus dan komitmen yang tinggi. Apa salahnya belanja partner dan diri makan-makan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Baiki Perabot Nazak Jadi Baru Dengan Mudah Dan Murah

BACA Juga: Kisah Sebuah Banglo Impian Dengan Tiang Tinggi Dibina Oleh Seorang Ayah Dengan Tangannya Sendiri

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram