Zaman sekarang boleh kata hampir semua orang ada telefon yang dilengkapi kamera, tapi tak semua orang mampu hasilkan gambar yang cantik walaupun miliki handphone mahal. Oleh demikian, kami kongsikan 5 tip mudah ambil gambar guna telefon supaya nampak cantik menurut wittyfeed.

1. Pastikan lensa sentiasa bersih

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini perkara paling asas sekali. Untuk dapatkan hasil gambar yang cantik, pastikan lensa kamera sentiasa berada di dalam keadaan bersih supaya gambar yang bakal diambil nanti lebih jelas dan berkualiti.

2. Jangan guna filter

2

Fungsi filter memang direka untuk mencatikkan lagi gambar, tapi kena tahu tak semua gambar sesuai. Tersilap memilih filter membuatkan gambar yang anda ambil tadi nampak lebih buruk dari yang asli. Lebih elok guna mode normal saja supaya tampak original. Kalau mahu edit juga disyorkan guna aplikasi Snapseed atau Vsco, tapi jangan sampai keterlaluan.

3. Zoom

Elak gunakan fungsi zoom ketika ambil gambar. Sebabnya, ia boleh menjejaskan kualiti gambar serta pixel. Harus diketahui, fungsi zoom pada kamera telefon hanya sekadar tambahan sampingan.

4. Flash

22

Penggunaan flash ketika mengambil foto boleh menyebabkan gambar anda kelihatan terlalu ekspos dan hilang serinya. Jadi, guna flash hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja bukan setiap masa.

5. Multiple shots

5

Ambil gambar banyak-banyak. Guna kaedah multiple shot atau fungsi burst mode. Secara tidak langsung, cara ini lebih menguntungkan dan mudah untuk anda pilih mana gambar yang paling cantik.

Mudahkan? Kalau nak tahu cara hasilkan rakaman lebih berkualiti walaupun guna handphone sahaja, baca di sini.