Umum tahu Malaysia kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bersempena dengan musim yang berlangsung ini, sudah pastinya orang ramai yang memiliki kereta tidak lagi kerap menggunakan kenderaan mereka seperti sebelum ini.

Dalam usaha untuk menjaga kereta dalam keadaan yang baik pada musim ini, Proton telah hadir inisiatif menarik dalam memastikan kereta orang ramai mampu beroperasi dengan baik sehingga selesainya tempoh PKP. Berikut merupakan lima tips asas penjagaan kereta sempena musim PKP berlangsung.

1. Pastikan bateri kereta anda dicas
car-battery-1024×791-1024×791
Sumber: Art of Kei Car

Meskipun kereta tidak banyak bergerak atau mungkin tidak bergerak langsung sempena musim PKP, anda dinasihatkan untuk menghidupkan enjin kereta anda dan membiarkannya selama 10 minit setiap tujuh hari bagi membolehkan altenator menjalankan kerjanya.

Selama tempoh 10 minit tersebut, adalah dinasihatkan untuk tidak membuka penghawa dingin kereta dimana perkara ini dapat melambatkan proses pengecasan bateri. Proses yang dibuat ini sekaligus membolehkan kereta dapat dihidupkan dengan mudah pada minggu-minggu akan datang.

2. Semak keadaan tekanan tayar kereta
Screenshot 2020-03-30 at 4.03.37 PM
Sumber: Times of India

Tip kedua ini sesuai diaplikasikan setiap dua minggu dalam memastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Salah satu cara terbaik bagi untuk mengetahui tekanan tayar adalah dengan penggunaan alat bagi menyemak tekanan tayar atau menggunakan Tyre Pressure Monitoring System display seperti yang tersedia di Proton.

Adalah dinasihatkan untuk mengisi angin tayar anda di stesen minyak berdekatan sekiranya tekanan angin dalam tayar anda dalam keadaan yang rendah.

3. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan bersih dan bebas wabak
21771
Sumber: Kliplinger

Semasa musim PKP, bukan sahaja anda perlu kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer, sebaliknya kereta anda juga memerlukannya.

Cara paling mudah untuk menghindarkan kereta anda daripada sebarang wabak yang tidak diingini adalah dengan mengelapkannya menggunakan kain bersama sabun. Antara bahagian-bahagian yang perlu dilap adalah seperti stereng, pemegang pindu, tombol gear serta beberapa lagi tempat yang sering disentuh.

4. Elakkan wiper anda berada di cermin

2cb0a87e-cf15-4bad-8c94-e37e75daaab9 (1)

Tip ini khas buat anda yang meletakkan kereta di tempat terbuka serta terdedah kepada matahari. Cara terbaik untuk memastikan ketahanan wiper anda adalah dengan memisahkan seketika wiper dengan cermin kereta seperti gambar yang tertera di atas.

Cara ini bakal membuatkan wiper anda bertahan lebih lama dimana wiper anda tidak akan cepat mengeras sekaligus membuatkan proses menolak air pada cermin kereta lebih efektif.

5. Elakkan tayar menjadi leper
flattyre
Sumber: Driven2automotive

Sewaktu musim PKP sudah pastinya kereta anda tidak bergerak dalam tempoh yang panjang. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan permukaan bawah tayar anda berada dalam tempoh yang panjang, anda boleh menggerakannya sedikit ke depan atau ke belakang untuk mengelakkan permukaan bawah tayar terus leper pada tempat yang sama.

Berikut merupakan lima tip yang dikongsikan oleh pihak Proton. Anda boleh fahami dengan lebih lanjut dengan melihat gambar rajah di bawah ini. Stay at home dan stay safe diucapkan buat anda.

Photo 1

Pihak PDRM turut menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk bayaran saman trafik pada minggu ini.

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok

BMW i-Service Tawarkan Perkhidmatan Servis Kereta Terus Di Rumah